• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zambry Bidas Pembangkang Guna Politik Murahan

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan tindakan pembangkang menggunakan isu nyamuk aedes di dalam tangki air berhampiran kediaman rasmi beliau sebagai politik murahan.

Beliau berkata pembangkang seolah-olah mahu menunjukkan kawasan persekitaran kediaman rasmi Menteri Besar tidak dijaga dengan baik oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Jangan gunakan isu kononnya saya tidak tahu menjaga kebersihan di sekitar rumah bagaimana hendak jaga negeri Perak dengan melancarkan kempen ‘Perak Yang Bersih’,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bungkusan juadah raya di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Zambry berkata susulan dakwaan tangki air di Jalan Raja Dihilir itu menjadi sarang nyamuk aedes, MBI telah membuat pemeriksaan dan mendapati hanya ada nyamuk jenis kacau ganggu serta telah mengambil langkah pencegahan bagi memastikan tangki itu bebas daripada nyamuk aedes.

Sebelum ini, akhbar melaporkan pemimpin DAP, Ong Boon Piow yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi mendakwa tangki air itu dipenuhi jentik-jentik serta nyamuk aedes berdasarkan tinjauan yang dilakukannya di situ.

Mengulas perkembangan lain, Zambry berkata kerajaan Perak serta Badan Amal dan Usaha Isteri
Negeri Perak (Baiduri) menyerahkan 20,000 bungkusan juadah Aidilfitri untuk diagihkan kepada 18 pasukan keselamatan dan beruniform di negeri ini.

Beliau berkata sumbangan itu merupakan kesinambungan program yang diadakan setiap tahun sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan pasukan keselamatan dan beruniform yang bertugas di negeri ini pada Aidilfitri.

“Sumbangan yang diberikan ini sememangnya tidak dapat dibandingkan dengan jasa pasukan keselamatan dan beruniform yang bertugas dan berkhidmat ketika musim perayaan,” katanya.

Bungkusan yang mengandungi pelbagai kuih dan masakan tradisional diagih antaranya kepada Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Markas Tentera Darat Kem 2 Briged, Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd KadirIsu Nyamuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad Malaysia mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd