• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel ‘Tidak Bersedia’ Untuk Perdamaian

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALLAH – Pejabat Presiden Mahmud Abbas menyelar janji Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengekalkan kawalan keselamatan di Tebing Barat, semalam sambil menyatakan Israel ‘tidak bersedia’ untuk perdamaian.

Katanya, kenyataan Netanyahu, kelmarin dianggap sebagai kekangan kepada cubaan Presiden Donald Trump menghidupkan kembali rundingan damai yang buntu.

“Ia mesej kepada pentadbiran Amerika Syarikat dan komuniti antarabangsa, Israel tidak bersedia untuk berdamai mengikut undang-undang dan resolusi antarabangsa,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina dalam kenyataan.

“Kami menolak kenyataan ini, ia akan menjadikan situasi lebih sukar dan pastinya bukan bertujuan menyokong usaha mencapai penyelesaian,” katanya.

Netanyahu mengeluarkan kenyataan itu, pada majlis sambutan ke-50 tahun Perang Enam Hari 1967.

Dalam perang itu, Israel menduduki Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan kemudian menjajah Baitulmaqdis Timur dalam tindakan yang tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa.

Penjajahan itu masih berterusan dan di bawah perjanjian sementara dengan Palestin, Israel kini mengawal penuh keselamatan dan pentadbiran awam di 60 peratus kawasan Tebing Barat. – AFP/BH ONLINE

Tags: Israelnetanyahu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netanyahu Hilang Majoriti, Parti Arab Dijangka Sokong Gadi Eisenkot Jadi PM Israel

Netanyahu Hilang Majoriti, Parti Arab Dijangka Sokong Gadi Eisenkot Jadi PM Israel

03/11/2026
0

TEL AVIV - Kedudukan Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel semakin tidak menentu apabila parti-parti Arab dilaporkan bersedia menyokong pemimpin...

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd