• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizul Ammar Didakwa Hina Watson Nyambek

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Bekas pengacara program televisyen didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membuat kenyataan menghina terhadap mendiang bapa kepada bekas pelari pecut negara.

Azizul Ammar Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan, 30, didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, lapor portal berita The Star.

Selain Azizul, produser program Sukan Tak Sentral, terbitan Primeworks Studios, Abdul Ghani Mohd. Mokhtar turut didakwa atas pertuduhan yang sama juga di mahkamah berkenaan.

Mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Azizul Ammar secara sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Mei lalu kira-kira jam 11.30 malam di Hotel Medan apabila menyebut nama ‘Nyambek’ iaitu nama mendiang bapa Watson dalam keadaan menghina.

Perbuatan tersebut dilakukannya ketika menjadi pengacara pada program Sukan Tak Sentral yang disiarkan TV3. Majistret Saiful Sayoti melepaskan kedua-dua tertuduh dengan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua tertuduh turut diarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi sebutan semula kes pada 4 Julai depan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=7tQdK1HTLHQ

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd