• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terganggu Oleh Kritikan Atas Pemilihan CEO MAS

oleh Ahmad Albab
15/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat meminta Khazanah Nasional Bhd supaya tidak terganggu atas kritikal yang dilemparkan terhadap pemilihan rakyat asing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), dan pada masa yang sama memuji pelantikan itu yang dibuat berdasarkan merit.

Beliau meminta pengkritik berhenti mempertikaikan isu itu bagi membolehkan Khazanah dan MAS memberi perhatian penuh ke atas tempoh kritikal ini dalam menjalankan misi bagi memastikan kelangsungan hidup syarikat penerbangan itu.

“Sekarang adalah masa yang sangat penting buat MAS bagi meneruskan kelangsungan hidupnya, sekurang-kurangnya pulang modal. Inilah masa untuk MAS kekal beroperasi. Sudah pasti kita perlukan seseorang, tidak mengira kerakyatannya, namun lebih penting kepakaran, kemahiran dan keupayaannya,” kata Ong sebagai respons kepada pelantikan Christoph Mueller, anak kelahiran Jerman itu, oleh Khazanah.

Mueller yang kini berkhidmat sebagai CEO Aer Lingus, memulihkan syarikat penerbangan negara Ireland yang mencatat kerugian, dalam masa setahun selepas dilantik pada 2009. Beliau sebelum itu turut berjaya memulihkan Sabena, syarikat penerbangan Belgium dan Lufthansa, Jerman.

Khazanah, pemegang saham utama MAS, ketika mengumumkan pelantikan itu berkata dua tugas Mueller ialah memulihkan syarikat penerbangan negara itu selain melatih pengganti tempatan. Beliau dijangka memulakan tugas sebagai CEO MAS pada Mac tahun depan.

Ong mengingatkan rakyat Malaysia bahawa semasa kerajaan memutuskan untuk membina Menara Kembar Petronas, ia memilih Cesar Pelli, antara arkitek terkemuka Amerika bagi melaksanakan tugas itu, bersama dua konsortium pembinaan, masing-masing dari Jepun dan Korea Selatan, walaupun terdapat kepakaran tempatan. Menara Kembar akhirnya menjadi antara bangunan ikon di dunia.

“Kita tidak harus lupa bahawa kita mencari antara pakar terbijak dari luar negara untuk membangunkan negara, membina struktur bangunan seperti menara berkembar, termasuk Jambatan Pulau Pinang dan projek lain.

“Dan saya fikir tidak ada sebab mengapa rakyat perlu menyalahkan Khazanah atau MAS. Matlamatnya kita yakin, Muller, berdasarkan pengalamannya memulihkan beberapa syarikat penerbangan pada masa lepas, dapat berkongsi pengalamannya dengan MAS, dan akhirnya dapat merealisasikan apa yang diharapkan daripadanya, dan sudah pasti kita perlukan seseorang, tanpa mengira kerakyatannya,” kata Ong.

Beliau berkata, dalam dunia korporat, amalan standard yang digunakan apabila konglomerat berstatus antarabangsa melaksanakan rombakan ialah mencari bakat terbaik untuk menjayakannya, tanpa terganggu oleh perkara seperti kritikan terhadap pelantikan Mueller.

Ong berkata, dengan Mueller dilantik sebagai CEO baharu MAS, disokong oleh pasukan tempatan yang membantunya, beliau lebih yakin memulihkan MAS seperti yang ditetapkan dalam Pelan 12 perkara Khazanah, dan berjalan lancar berdasarkan amalan terbaik dan pelan perniagaan.

Beliau berkata, masa semakin suntuk, dan masa untuk mereka, terutama yang mempunyai kepentingan politik tertentu mengkritik isu kelangsungan hidup syarikat penerbangan negara ini, kini sudah berakhir.

“Sekarang ini juga merupakan masa yang sangat penting untuk melantik seseorang yang mempunyai kepakaran untuk memulihkan MAS dan kita tidak mempunyai masa untuk mempersoalkan perkara berkaitan bukan operasi. Bila saya menyebut bukan operasi, maksud saya ialah seperti sama ada CEO yang kita lantik mampu memahami budaya tempatan atau gaya kerja dan bercakap bahasa tempatan.

“Inilah yang saya tidak faham. Mengapa perlu mempertikaikannya sehingga ke tahap beliau bukan rakyat Malaysia. Kita langsung tidak memikirkan sama ada beliau mampu melaksanakan kerja atau tidak,” katanya.

Ong memuji sikap terbuka Khazanah dalam melaksanakan pelan penstrukturan itu dengan mendapatkan cadangan dan idea daripada pihak lain, dan menambah MAS kini memasuki situasi ‘hidup atau mati’. – BERNAMA

Tags: MAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd