• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Profesional & Telus Kematian Zulfarhan

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yakin satu siasatan profesional dan telus sedang dijalankan berhubung kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia dipercayai didera, Khamis lalu.

UPNM dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, pihak universiti tidak dapat memberi maklumat lanjut berhubung kejadian itu memandangkan pentadbiran dan disiplin Pegawai Kadet adalah di bawah bidang kuasa Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), unit di bawah Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Lembaga Penyiasatan ditubuh khas untuk menyiasat kejadian ini dan diketuai oleh pasukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut kenyataan itu, UPNM akan terus memberi fokus kepada kecemerlangan akademi dan penyelidikan di samping melahirkan graduan berkualiti dan berkebolehan.

“Ini sesuai dengan ciri-ciri kepimpinan yang mendorong kepada kebolehpasaran graduan yang tinggi. Pihak universiti amat berbangga dengan pencapaian dan kejayaannya sejak dinaiktaraf sebagai Akademi Angkatan Tentera Malaysia pada November 2006,” kata kenyataan itu.

UPNM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Zulfarhan Osman, 21, Pegawai Kadet Laut UPNM meninggal dunia di Hospital Serdang, kira-kira 10 malam, Khamis lalu dengan kesan lebam dan melecur pada badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan kejadian itu, polis mereman 36 penuntut UPNM dan Uniten berusia 20 hingga 21 tahun selama tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: UPNMZulfarhan Osman Zulkarnain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

Hentikan Serta-merta Budaya Dera Di UPNM – Agong

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya budaya penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu dihentikan...

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

‘Insiden Buli Di UPNM Bertentangan Nilai Kemanusiaan, Prinsip Keamanan’

11/11/2024
0

SHAH ALAM - Insiden buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) jelas bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan prinsip keamanan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd