• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teksi Uber RM288 Masuk Sydney Tapi Keluar Dari Sana Percuma

oleh
15/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Dua pelanggan dilindungi anggota polis Australia berjaya melepaskan diri daripada menjadi tebusan selepas ditawan pengganas di Lindt Chococlate Café di Martin Place, Central Business District (CBD), Sydney pagi Isnin.

SYDNEY – Drama tebusan di sebuah kafe elit, Lindt Chococlate Café di Martin Place, Central Business District (CBD) di sini pagi ini bukan sahaja menyusahkan penduduk yang ada urusan penting di kawasan perniagaan sibuk itu sepanjang hari Isnin.

Malah kesempatan itu turut dieksploitasi perkhidmatan teksi mewah pintar kontroversi Uber apabila mengenakan caj sehingga A$100 (RM288) bagi pelanggan mahu memasuki mana-mana destinasi di sekitar CBD yang dikepung pasukan polis Australia.

Menurut laman perkongsian Twitter menerusi akaun Uber Sydney kira-kira pukul 11.15 pagi (9.15 pagi waktu Malaysia), pelanggan akan membayar caj mahal kerana pemandu teksi itu perlu menanggung bahaya besar apabila memasuki zon tersebut atas risiko sendiri.

“Kadar tinggi dikenakan bagi pemandu Uber dapat memasuki kawasan CBD,” tulis Twitter itu ekoran insiden tebusan yang menggemparkan dunia sehingga menyebabkan sebahagian besar bandar raya Sydney langsung terpaksa ditutup kepada orang ramai.

Sekumpulan wartawan berkumpul di luar kawasan Martin Place, CBD Sydney bagi membuat liputan drama tebusan di sebuah kafe oleh pengganas pagi Isnin

Namun, sebagai balasan, pelanggan yang diambil terus dari zon itu pula dikecualikan daripada apa-apa bayaran bagi memudahkan orang ramai agar dapat keluar dengan selamat dari CBD khusus hanya sepanjang drama tebusan luar jangkaan itu berlangsung.

Uber Sydney yang dilancarkan sejak 14 Jun 2013 lalu menawarkan kereta mewah Toyota Corolla, Honda Civic dan Ford Falcon dengan caj minimum A$8 (RM23) bagi jarak dekat manakala dari CBD ke lapangan terbang pula dikenakan bayaran A$75 (RM216).

Perkhidmatan tanpa tip yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mewajibkan pelanggan membuat tempahan secara talian menerusi telefon pintar iPhone atau jenis Android dan bayaran tambang akan ditolak automatik terus daripada kad kredit yang didaftarkan.

Teksi Uber baru-baru ini mencetuskan kontroversi di New Delhi, India susulan kes rogol pemandu ke atas penumpangnya menyebabkan perkhidmatan itu diharamkan di negara tersebut selain Sepanyol, Thailand, Jerman dan Perancis. – Agensi

Tags: percumaSydneytebusanTeksiUber
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

Tiada Lagi Caj RM1, Pengeluaran ATM Antara Bank Percuma Mulai Julai

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Semua bank di Malaysia akan memansuhkan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank menerusi Mesin Juruwang Automatik...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd