• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Lahirkan Momentum Kejayaan Masa Depan

oleh Ahmad Albab
05/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia telah dapat melahirkan satu momentum yang perlu diteruskan demi untuk kejayaan negara pada masa akan datang.

“Saya nak momentum ini. Kita telah melahirkan momentum ini, jadi kita perlu terus membina (kejayaan) melalui momentum ini,” katanya merujuk kepada penghormatan yang diberikan kepada Malaysia yang menjadi antara lima daripada 51 negara untuk berucap pada Sidang Kemuncak Negara-negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Najib menceritakan pengalamannya menghadiri Sidang Kemuncak bersama Pemimpin Islam Dunia dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Riyadh, Mei lalu di mana Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud memberi peluang kepada beliau untuk menyampaikan ucaptama bagi pihak Malaysia.

Beliau adalah antara pemimpin termasuk Raja Salman dan Trump yang berucap pada persidangan bersejarah mengenai keselamatan dan usaha memerangi keganasan.

Perdana Menteri juga berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, ia akan menepati janji yang dibuat demi kesejahteraan rakyat.

“Kita tidak buat janji kosong. Kita tidak buat sesuatu yang tidak mungkin tidak dapat dilakukan. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, bila kita janji, kita akan tepati janji kita,” katanya, dengan memberi contoh projek Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama laluan Sg Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer yang akan dilancarkan Julai ini.

Najib turut menyentuh mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang merekodkan pencapaian purata 101 peratus manakala Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mencatat 110 peratus.

“Kita mesti meneruskan kejayaan dan menambah usaha kita tahun ini sebab saya mahu tahun ini sebagai Tahun Penyampaian di mana kita dapat menunjukkan bahawa sebagai sebuah kerajaan, kita mampu mencapai segala sasaran kita,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pencapaian ekonomi pada suku pertama tahun ini di luar jangkaan iaitu pertumbuhan 5.6 peratus dan nilai eksport negara buat kali pertama dalam sejarah mencatat RM82.83 bilion pada Mac lalu.

Katanya, firma perunding Amerika Syarikat BAV Consulting dan Wharton School, sebuah fakulti perniagan Universiti Pennsylvania, melaporkan bahawa Malaysia berada dalam senarai paling teratas negara terbaik untuk pelaburan.

Perdana Menteri juga menghargai penjawat awam khususnya yang beragama Islam kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan ceria serta menunjukkan pretasi dan nilai kerja yang lebih baik pada bulan Ramadan ini. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd