• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obor KL 2017 Tiba Di Puncak Gunung Kinabalu

oleh
05/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) akhirnya selamat tiba di puncak tertinggi rantau Asia tenggara, Gunung Kinabalu dekat sini kira-kira jam 6 pagi Isnin.

Lebih manis acara tersebut diketuai sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut melakukan pendakian sejauh 4,095.2 meter dari paras laut setelah bermalam di Laban Rata pada Ahad lalu.

Beliau turut disertai rombongan 24 pendaki lain itu terlebih dahulu menerima obor di Timpohon Gate, Taman Kinabalu di Kundasang, dekat sini sebelum meneruskan pendakian ke puncak awal bagi menyalakan obor tersebut.

Khairy menerusi akaun Twitter miliknya hari ini memaklumkan mengenai ketibaan obor tersebut di puncak gunung yang juga paling tinggi di rantau ini dan terletak kira-kira 110 kilometer dari ibu kota Sabah, Kota Kinabalu.

“Di puncak tertinggi di Malaysia bersama obor @KL2017. Bagaimana Rimau (maskot Sukan Sea 2017) berada di sini dengan pantas? @Kinabalu #BangkitBersama,” katanya dalam kicauan Twitter secara langsung di sini hari ini.

Pendakian membawa obor KL 2017 ke puncak Gunung Kinabalu mencabar ketahanan fizikal dan mental setiap peserta memandangkan misi tersebut turut dilakukan dalam bulan Ramadan ketika umat Islam wajib berpuasa.

Obor KL 2017 Tiba Di Puncak Gunung Kinabalu

Dalam masa sama, Khairy turut berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga malim-malim Gunung Kinabalu yang terkorban dalam kejadian gempa bumi yang menggegarkan Sabah pada 5 Jun 2015 lalu.

“Bersama dengan keluarga malim-malim Gunung Kinabalu yang terkorban dua tahun lepas. Mereka mendaki sebagai peringatan tiap-tiap tahun,” kicau beliau lagi menerusi akaun Twitternya itu.

Sabah adalah negeri kelima larian itu dengan jelajah beberapa daerah iaitu Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Sipitang melibatkan jarak lebih 30 kilometer yang berakhir 8 Jun.

Selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, obor berkenaan akan dibawa diserahkan pula kepada jirannya, Sarawak sebelum dibawa terbang semula ke Semenanjung Malaysia.

Temasya edisi ke-29 Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos depan, manakala edisi kesembilan Sukan Para ASEAN pula dijadual diadakan dari 17 hingga 23 September. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Gunung KinabaluSukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd