• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Bahan Mentah Diimport Jika Tak Cukup

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KAWAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengimport bekalan bahan mentah sekiranya berlaku kekurangan bagi menampung permintaan dan keperluan pada Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bagaimanapun setakat ini berdasarkan pemantauan pihaknya mendapati bekalan bahan mentah di pasaran seperti daging lembu dan ayam serta sayur-sayuran masih mencukupi.

Mengulas mengenai kenaikan harga bahan mentah terutama ayam dan sayur-sayuran, Tajuddin berkata perkara itu berlaku berdasarkan faktor perniagaan seperti kos pengeluaran serta penambahan kos oleh pengusaha tani.

“Kerajaan juga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang seperti dituduh beberapa pihak terutama pembangkang sebaliknya kenaikan itu adalah disebabkan faktor perniagaan yang menyebabkan penambahan kos,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barang makanan kepada 200 ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan di Parlimen Batu Kawan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementeriannya akan berbincang dengan Pelabuhan Pulau Pinang untuk membenarkan FAMA membawa masuk kelapa dari Indonesia melalui pelabuhan itu.

Ini bertujuan memudahkan pengedaran kelapa di kawasan utara dan menurunkan harga bahan itu.

Dilaporkan kelapa selama ini dibawa masuk melalui Pelabuhan Batu Pahat dan ia menyebabkan kos logistik dan upah meningkat untuk pengedaran bahan itu kawasan utara. – BERNAMA

Tags: Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, hari ini, meminda keputusan kelulusan belah bahagian terhadap usul membatalkan...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

27/06/2022
0

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Presiden parti, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd