• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Tanggung Pembedahan Anak Pemain Perlis

oleh Ahmad Albab
05/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengucapkan terima kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana membantu keluarga pemain Perlis, Mohd. Alafi Mahmud.

PFAM dalam satu kenyataan berkata, Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju menampung keseluruhan kos pembedahan pertama anak Mohd. Alafi, Adra Medina yang berusia dua bulan selepas disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

“Menjunjung kasih diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor kerana sudi menampung keseluruhan kos pembedahan pertama Adra Medina yang dijadualkan pada 10 Jun ini di Institut Jantung Negara (IJN),” kata kenyataan itu hari ini.

Tunku Ismail juga merupakan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT)

PFAM sebelum ini memohon bantuan orang ramai membantu Mohd. Alafi yang memerlukan wang sebanyak RM100,000 bagi menampung kos pembedahan tersebut.

PFAM turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang memberi sumbangan kepada Adra Medina melalui persatuan tersebut.

“Untuk makluman, PFAM juga menutup kutipan ini oleh kerana dana yang dikumpulkan sudah mencukupi.

“Sebarang sumbangan selepas ini boleh terus disalurkan kepada akaun peribadi Mohd. Alafi,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd