• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Anjur Pertandingan Kempen Cegah LGBT

oleh AK-47
05/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan kempen cegah kecelaruan gender membabitkan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), transvestite dan pengkid.

Antaranya julung kali menerusi penganjuran Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja Peringkat Kebangsaan 2017 yang bertemakan ‘Hargai Diri, Amalkan Gaya Hidup Sihat’.

Program anjuran Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM itu bagi menangani lima kecelaruan gender dinyatakan sebagai antara tiga skop utama dipertandingkan bermula 1 Jun hingga 31 Ogos nanti.

Garis panduan pertandingan itu menyatakan bahawa setiap video mesti mempunyai unsur-unsur yang menunjukkan akibat buruk apabila menjadi LGBT, bagaimanakah untuk mencegah dan mengawalnya.

Isi kandungan video sama ada individu atau berkumpulan hendaklah mengandungi kriteria dan aspek isu serta akibat meliputi aspek pencegahan, pengawalan dan cara mendapatkan bantuan bagi penyelesaian masalah.

Dalam syarat yang ditetapkan itu, peserta juga perlu menghasilkan penyampaian video dalam bentuk paling kreatif dan positif. Pertandingan ini terbuka kepada tiga kumpulan kategori umur berbeza (sila rujuk kenyataan poster).

Selain itu, skop pertandingan juga membabitkan buli siber, eksploitasi seksual, peras ugut seks, bahaya pornografi, dan penggunaan media sosial dan keselamatan ICT berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif.

Manakala, satu lagi skop pertandingan adalah kepentingan tidak melakukan seks sebelum kahwin meliputi aspek kesan seks bebas dan penyakit kelamin (STI/HIV/AIDS) serta menangani gangguan seksual dan kes rogol dalam perhubungan selamat.

Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, politik dan pemimpin.

Pertandingan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, secara percuma, yang berusia 13 hingga 24 tahun mengikut tiga kategori iaitu berusia 13 hingga 15 tahun; 16 tahun hingga 18 tahun; dan 19 tahun hingga 24 tahun.

Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu penyertaan sahaja yang layak untuk memenangi hadiah wang tunai antara RM1,000 hingga RM4,000. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KKMLGBT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd