• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

66 GRO Warga Asing Ditahan Di Muar Dalam Op Gegar

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Seramai 66 pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan dalam Op Gegar Jabatan Imigresen di tiga pusat hiburan di sekitar bandar Maharani itu, awal pagi tadi.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Rohaizi Bahari berkata operasi tersebut dilakukan berdasarkan maklumat daripada intipan dan orang awam, serta hasil serbuan mendapati bahawa mereka melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen serta peraturan-peraturan lain di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.

Katanya operasi bermula kira-kira pukul 11.30 malam dan berakhir hampir tiga jam kemudian itu, turut menahan enam rakyat tempatan yang dipercayai bertindak selaku penjaga dan pemilik premis hiburan berkenaan.

“Kesemua GRO berkenaan yang berasal dari China, Thailand, Indonesia dan Vietnam, melakukan pelbagai kesalahan seperti di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Selain itu, ada antara mereka turut melanggar Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah gunakan pas lawatan sosial atau pas kerja,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, Rohaizi berkata pihaknya turut melakukan serbuan terhadap pusat refleksologi dan menahan lapan tukang urut wanita pelbagai warganegara atas kesalahan yang sama.

Katanya kesemua 80 individu berusia antara 20 dan 40 tahun yang ditahan itu dibawa ke Lokap Imigresen Johor di Setia Tropika, Johor Bahru.

“Warganegara tempatan yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1963 kerana menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Seksyen 55E akta sama akibat membenarkan PATI berada di dalam premis mereka.

Kita akan melakukan siasatan secara menyeluruh berkaitan kes ini dan jika ada kes, kita akan membawa kertas siasatan kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Menurut beliau, seramai 50 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi berkenaan yang berakhir kira-kira 3 pagi tadi. – BERNAMA

Tags: warga asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd