• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Calon PM Tidak Mewakili Prinsip Islam – PPBM

oleh Ahmad Albab
04/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan tidak mempunyai masalah untuk menerima sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri Malaysia jika UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Timbalan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Aizan Roslan berkata, perkara melibatkan calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan remeh, kecil dan tidak mewakili prinsip utama agama Islam, Melayu dan tanah air.

“Saya pelik, kenapa dok sibuk tanya siapa Perdana Menteri dari calon Pakatan Harapan. Yang diriuhkan kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Siapa pun Perdana Menteri dari kalangan Pakatan Harapan tiada masalah kerana kami berpakat dan menerima dengan terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN) merupakan sekutu politik PPBM.

Mahathir yang mengetuai PPBM sebelum ini menyatakan kesediaan beliau untuk mempertimbangkan jawatan Perdana Menteri jika dipersetujui Pakatan Harapan.

Pengumuman itu menimbulkan keresahan penyokong PKR kerana mereka mahu Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara kerana kesalahan meliwat menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini terdapat desas-desus penyokong DAP mahu pemimpin mereka, Lim Kit Siang atau anaknya, Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri, manakala penyokong PAN mahu mencalonkan Presidennya, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, bagi sebuah lagi parti pembangkang iaitu PAS, jawatan Perdana Menteri merupakan perkara yang penting dalam menentukan kelangsungan penguasaan Islam di negara ini.

PAS menetapkan negara ini mesti dipimpin oleh umat Islam untuk memastikan musuh Islam tidak dapat mengambil kesempatan merosakkan Islam di negara ini. – Mynewshub.cc

Tags: PPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd