• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LKIM Saran Beli Ikan Sejuk Beku Lebih Murah, Segar

oleh
04/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggalakkan para pengguna di negara ini memilih menggunakan ikan sejuk beku atau Q’ Fish pada harga lebih rendah daripada pasaran.

Ketua Pengarahnya, M. Saedon Ab. Majid berkata, selain harga yang agak rendah, Q’Fish yang dipasarkan oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) itu turut dijamin dari segi kualiti serta tahap kesegarannya.

Ia ujar beliau, adalah hasil diperoleh daripada proses penggunaan teknologi sejuk beku terkini yang juga dikenali sebagai ‘Individual Quick Freezing’ atau IQF.

Q’ Fish ini merupakan alternatif kepada pengguna untuk mendapatkan bekalan ikan secara berterusan tanpa mengira musim pada harga rendah iaitu di bawah RM10 bagi setiap kilogram.

M. Saedon menyatakan demikian kepada pemberita selepas meninjau dan memeriksa sendiri produk Q’ Fish yang dijual kepada orang ramai di sekitar Pasar Tani Seksyen 13 di sini pagi Ahad.

“Selain daripada ikan kembung yang dijual hanya sebanyak RM8.50 sekilogram, Q’ Fish turut meliputi pelbagai jenis ikan lain seperti selar, pelaling, selayang, cencaru, aya, tilapia dan keli,” tambah beliau lagi.

Pada masa sama, M. Saedon turut memaklumkan produk ikan itu dijual di setiap pasar tani dan Agrobazaar Kedai Rakyat di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.

Q’ Fish yang pada asalnya dikenali sebagai Program Ikan Rakyat LKIM dan diperkenalkan sejak 2013 sebelum dijenamakan semula sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2016 lalu.

Ia menawarkan ikan segar beku berkualiti sebagai pilihan dengan harga berpatutan kepada pengguna selain menggalakkan gaya hidup sihat melalui pemakanan sebagai sumber protein utama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IkanLKIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd