• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Serangan Berdarah Militan Di London

oleh
04/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Selepas serangan berdarah di Manchester, polis Britain dikerahkan ke Jambatan London lewat Sabtu setelah saksi-saksi melaporkan sebuah van merempuh para pejalan kaki.

Pihak polis menyatakan bahawa lebih seorang mangsa terkorban akibat insiden di jambatan ikonik kota raya England itu, menurut laporan stesen BBC yang memetik kenyataan pegawai polis di tempat kejadian.

Menurut media berpengaruh tersebut: “Kami telah diberitahu oleh pihak polis yang lebih daripada satu kematian dalam kejadian rempuhan terbaharu di Jambatan London.”

Beberapa das tembakan juga dilepaskan oleh para pegawai polis sebagai respons kepada serangan tikaman yang dilaporkan berlaku di kawasan Borough Market yang terletak berdekatan, menurut pihak polis.

Dua lelaki dipercayai memasuki sebuah restoran dan kemudian menikam dua orang di dalamnya, menurut stesen CNN yang memetik kenyataan seorang saksi.

Malahan saksi tersebut memberitahu bahawa seorang pelayan ditikam pada bahagian leher, manakala seorang lelaki ditikam dari belakang badan.

Polis Britain juga sedang menangani satu lagi kejadian di kawasan Vauxhall, London dan dipercayai sedang memburu tiga suspek bersenjata, menurut laporan BBC.

Perdana Menteri Britain, Theresa May sedang berhubungan dengan para pegawai, dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump turut diberi taklimat mengenai kejadian ini.

Pengarah Urusan majalah The Spectator, Will Heaven, menulis menerusi Twitter bahawa beliau ternampak “dua mangsa – satu di tempat pejalan kaki, satu di tepi jalan”.

Beliau bahkan turut melihat pegawai polis lengkap bersenjata berat di jambatan tersebut. Beberapa saksi turut terdengar bunyi tembakan dilepaskan.

Wartawan BBC, Holly Jones, yang berada di sana ketika waktu kejadian, berkata beliau melihat sebuah van dipandu seorang lelaki bergerak “pada kelajuan 50 batu sejam”.

Beliau berkata sekitar lima orang sedang dirawat kerana mengalami kecederaan apabila kenderaan itu menaiki turapan dan melanggar mereka. Seorang lelaki yang tidak berbaju, digari dan ditahan polis.

Seorang saksi memberitahu agensi berita Reuters yang dia juga ternampak sekitar tiga orang dengan mengalami kecederaan dan berkemungkinan dikelar di leher.

“Kami sedang dalam sebuah teksi Uber menuju ke Jambatan London dan tiba-tiba melihat orang ramai berlari. Kereta uber kami terhenti, dan kami menanyakan orang ramai apa yang berlaku.

“Mereka berkata ada kejadian tembakan,” kata seorang saksi, Yoann Belmere, 40 tahun, seorang pegawai bank warga Perancis yang menetap di London.

“Sekarang seluruh kawasan ditutup, dengan banyak kereta polis menuju ke tempat kejadian manakala ambulans keluar dari situ,” tambah beliau, kepada Reuters.

Pihak penguasa pengangkutan London dalam pada itu menyatakan bahawa stesen kereta api Jambatan London ditutup atas arahan pihak polis.

Kejadian ini berlaku beberapa hari sebelum pilihan raya umum diadakan pada 8 Jun. Tinjauan membayangkan bahawa kedudukan Parti Konservatif yang diketuai May semakin goyah.

Kejadian ini juga berlaku kurang dua minggu setelah seorang pengebom nekad membunuh 22 orang di konsert penyanyi dari AS, Ariana Grande, di Manchester, utara England.

Pengeboman di Manchester itu adalah insiden paling berdarah sejak kejadian di Britain pada 2005 meragut 52 nyawa akibat serangan empat pengebom nekad rakyat Britain terhadap rangkaian pengangkutan London. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Londonmanchester
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

20/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024,...

6 Peserta Ekspedisi Perpaduan Berlepas Ke London

6 Peserta Ekspedisi Perpaduan Berlepas Ke London

16/06/2023
0

SEPANG : Enam peserta Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66, London-Kuala Lumpur 2023, berlepas ke London hari ini bagi memulakan ekspedisi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd