KEPUTUSAN Ratu Cantik Dunia sememangnya sentiasa dinanti-nantikan meskipun secara tradisi pertandingan berprestij ini dijalankan setiap tahun.
Tahun ini, tuah berpihak pada seorang gadis jelita dari Afrika Selatan yang telah dinobatkan sebagai ratu pada pertandingan akhir yang berlangsung di London, semalam.
Miss Afrika Selatan bernama Rolene Strauss, 22 tahun ini telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Dunia 2014 sekaligus dikalungkan selempang dan mahkota berkilauan oleh Ratu Cantik Dunia 2013, Megan Young dari Filipina.
Strauss  yang merupakan pelajar perubatan berjaya menduduki takhta pemenang sebelum diraikan dengan acara kemuncak bunga api di pusat pameran ExCeL di timur London.
Manakala, naib juara pertandingan ini dianugerahkan kepada Miss Hungary, Edina Kulcsar dan pemenang ketiga Miss Elizabeth Safrit.
Selain itu, acara ini memberi anugerah khas kepada Ratu Cantik Dunia 1994, iaitu bintang Bollywood terkenal Aishwarya Rai.
Aishwarya Rai, 41 tahun hadir ke pentas ditemani keluarga tercinta iaitu suami, Abhishek Bachchan dan anak perempuan serta ibunya.
Menurut laporan AFP, keputusan pertandingan akhir ini disaksikan oleh billion penonton menerusi kaca televisyen dari seluruh dunia.
– MYNEWSHUB.CC
VIDEO RATU CANTIK DUNIA 2014
https://www.youtube.com/watch?v=Nn0ZZfrzjNE
Oleh: FARAH



