• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Siapa Terlepas Tindakan Undang-undang

oleh AK-47
02/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah dalam kejadian yang menjurus kepada kematian seorang Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) semalam, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya beliau telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM menjalankan siasatan dengan kadar segera bagi mengetahui punca sebenar kematian sekali gus mengenal pasti siapa yang terlibat.

Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, penuntut tahun ketiga Jurusan Kejuruteraan Elektrik, meninggal dunia di Hospital Serdang malam semalam dengan kesan lebam dan melecur di badan, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

Hishammuddin menzahirkan perasaan sedih dengan berita kematian Zulfarhan Osman ketika umat Islam sedang fokus menjalani ibadah puasa selain melakukan persiapan menyambut Hari Raya.

“Saya konsisten sejak dulu bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah dalam kejadian seperti ini,” kata menteri itu dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata kematian Allahyarham Zulfarhan Osman mengimbau peristiwa pahit ketika beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Pelajaran pada 2004.

“Ketika itu seorang pelajar di Negeri Sembilan meninggal dunia akibat dibuli rakan sekolah. Peristiwa itu masih segar di fikiran saya dan memberi kesan yang besar kerana selepas kejadian itu, saya dan Kementerian Pelajaran bertungkus-lumus membanteras gejala buli di sekolah,” katanya.

Beliau berkata barangkali peristiwa pada tahun 2004 itu berbeza dengan insiden yang menimpa Allahyarham Zulfarhan Osman.

“Namun atas apa jua alasan, siapalah kita untuk mengambil tindakan melampau sehingga mengakibatkan kematian. Saya sama sekali tidak boleh menerimanya,” kata Hishammuddin.

“Tidak terbayang di benak saya keadaan keluarga Allahyarham ketika menerima berita duka ini. Jauh di sudut hati saya berdoa agar mereka diberi kekuatan dan ketabahan oleh Allah SWT atas kehilangan insan tersayang. Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul,” katanya.

Beliau turut mendoakan semoga roh Zulfarhan Osman dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang diredai Allah SWT. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd