• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kitar Semula Sisa Makanan Sebagai Raja Kompos

oleh AK-47
02/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Festival Ramadan 2017 yang berlangsung sehingga 24 Jun di Presint 3 di sini mengutamakan alam sekitar dengan mengitar semula sisa makanan dan sisa organik untuk dijadikan baja kompos bagi mengelakkan pembaziran.

Naib Presiden Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Perbadanan Putrajaya, Datuk Ir Razali Jarmin berkata kajian mendapati terdapat penambahan 15 hingga 20 peratus sisa makanan sepanjang Ramadan berbanding hari biasa dan inisiatif berkenaan bertujuan mengurangkan sisa organik yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.

Beliau berkata Perbadanan Putrajaya menyediakan dua tong pada Festival Ramadan kali ini iaitu tong biru untuk sisa makanan boleh kompos seperti kulit telur, kulit buah-buahan, sayur-sayuran dan tulang ikan.

“Sisa-sisa ini akan dibawa ke mesin kompos di Presint 18 dan diproses menjadi Putra Kompos atau baja.. Putra Kompos akan diedarkan ke kawasan perumahan sekitar Putrajaya terutamanya mereka yang menjalankan pertanian di rumah contohnya tanaman cili,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Ramadan di sini hari ini,

Razali berkata tong kedua ialah tong hijau untuk mengisi bekas makanan dan minuman, tulang besar, hampas tebu, kulit kerang, biji dan kulit durian untuk dibuang di tapak pelupusan.

Menurutnya, Perbadanan Putrajaya menyediakan 200 unit kiosk jualan barangan kering dan barangan keperluan Hari Raya sepanjang Festival Ramadan sementara Bazaar Ramadan melibatkan 300 gerai jualan.

Turut disediakan tahun ini ialah Laman Iftar, di pekarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya untuk membolehkan pengunjung berbuka puasa dalam suasana santai dan berkonsepkan outdoor. – BERNAMA

Tags: Datuk Ir Razali Jarmin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd