• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Ditahan JAIPs Dalam Op Ramadan Di Kangar

oleh AK-47
02/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Empat lelaki beragama Islam memberikan pelbagai alasan ketika ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) kerana makan, minum atau menghisap tembakau di tempat terbuka, semalam.

Pengarahnya, Dr Hazman Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, mereka yang berusia antara 30 dan 50 tahun itu ditahan dalam Operasi Bersepadu Ramadan 1438H pada 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di lima premis sekitar bandar Kangar.

“Antara alasan mereka tidak berpuasa ketika ditahan adalah kerana perlu makan ubat dan tidak sempat bersahur,” katanya.

Kesemua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 25 (1) (b) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Pindaan 2012) yang boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, sementara kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Operasi dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu sebagai usaha membendung aktiviti penjualan makanan siap dimasak sebelum 2 petang sepanjang Ramadan.

Peniaga Islam yang melanggar peraturan jualan seperti yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 25 (1) (a) Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 (Pindaan 2012).

Bagi kesalahan itu, peniaga boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama sementara bagi kesalahan kedua serta berikutnya denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Tags: Dr Hazman HassanJAIPS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Peguam Wadi Annuar Untuk Hadir -JAIPs

Tiada Keperluan Peguam Wadi Annuar Untuk Hadir -JAIPs

02/05/2023
0

KANGAR : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menjelaskan bahawa tiada sebarang keperluan dua peguam kepada pendakwah bebas,...

JAIPs Susun Atur Penarafan Bintang Maahad Tahfiz

22/09/2017
0

PADANG BESAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) sedang meyusun atur sistem penarafan bintang sebagai penilaian tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd