• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FPDA Platform Hadapi Ancaman Keganasan Di Asia

oleh AK-47
04/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) akan menjadi satu lagi platform penting untuk menghadapi ancaman keganasan, ekstremisme dan militan di rantau Asia, kata Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“FPDA bukan sahaja platform yang memiliki dimensi sejarah, tetapi juga kepercayaan dalam kalangan lima negara ini untuk menghadapi apa jua cabaran yang melanda dunia hari ini.

“Dengan mempunyai komitmen ini, FPDA akan menjadi lebih penting daripada sebelumnya. Kami memang berazam untuk melakukannya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA ke-10 di sini hari ini.

Ditubuhkan pada 1971, FPDA disifatkan sebagai kerjasama ketenteraan kedua terbesar di dunia dan dianggotai Britain, Australia, New Zealand, Singapura serta Malaysia.

Seperti yang dipersetujui di bawah aturan pertahanan bersama itu, kelima-lima anggota FPDA perlu berunding antara satu sama lain jika berlaku pencerobohan atau ancaman dari pihak luar terhadap Malaysia atau Singapura.

Hishammuddin berkata rancangan FPDA adalah selaras dengan pendirian kesemua 10 negara anggota ASEAN, yang berikrar untuk memerangi ancaman Daesh di rantau ini dua tahun lepas.

“Kini, kami melihat kepada platform FPDA pula kerana jika kami tidak berbuat sesuatu dan mereka (Daesh) bertapak di rantau ini, ia akan menjejaskan negara yang menganggotai platform ini, dan malah, perkumpulan ini juga.

“Ia adalah perkara baharu dalam mesyuarat kami kali ini. Tiada sebarang keraguan mengenainya. Kami begitu berazam untuk menangani mereka (Daesh),” kata beliau dan menambah bahawa peristiwa yang berlaku di rantau ini seperti di Marawi, Jakarta, Bangkok dan Malaysia adalah perkara yang diputuskan akan ditangani FPDA,” katanya.

Hishammuddin berkata di samping inisiatif ketenteraan melalui FPDA, usaha untuk “memenangi hati dan minda” melalui media sosial juga merupakan satu lagi platform bagi menentang naratif daripada kumpulan manusia “tidak bertanggungjawab dan jahat”, yang mempunyai agenda tersendiri.

Dalam hubungan ini, beliau mengambil contoh tentang penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Kuala Lumpur yang memulakan operasinya pada 30 Mei baru-baru ini.

Katanya, KSCIP akan dihubungkan dengan Pusat Bagi Memerangi Ideologi Ekstremis Global yang dilancarkan baru-baru ini di Riyadh, di mana Malaysia mempunyai kepentingan di dalamnya.

Hishammuddin percaya ia merupakan langkah berkesan untuk menentang keganasan melalui kaedah memenangi hati dan minda orang ramai, ‘soft power’ (kuasa pujukan) dan membalas naratif, bukan hanya melalui inisiatif ketenteraan semata-mata.

Dihoskan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen, mesyurat itu turut dihadiri Menteri Pertahanan Australia Marise Payne, Menteri Pertahanan New Zealand Mark Mitchell dan Pesuruhjaya Tinggi Britain di Singapura Scott Wightman.

FPDA, antara lain bersetuju memperkemaskan lagi program pemerhati bagi negara bukan anggota FPDA di rantau ini dalam semangat untuk meningkatkan ketelusan pakatan lima negara itu.

Mesyuarat FPDA diadakan setiap tiga tahun, dengan Singapura dan Malaysia menjadi tuan rumah secara bergilir. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

Skor Rendah Indeks Integriti, Mindef Sedia Beri Kerjasama Penuh

17/11/2021
0

Kementerian Pertahanan (Mindef) sedia memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak susulan penarafan rendah dicatatkan negara bagi indeks antarabangsa berkaitan rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd