• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Curi Kabel Dicekup Di Gemencheh

oleh AK-47
02/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Polis memberkas dua lelaki dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah kilang di Gemencheh semalam, selepas dimaklumkan pemilik syarikat berkaitan kegiatan pecah masuk dan mencuri kabel elektrik milik syarikat itu.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota daripada Balai Polis Gemencheh telah ke kilang terbabit dan menahan kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 37 tahun pada pukul 1 tengah hari.

“Suspek didapati bertindak mengikat pengawal keselamatan sebelum memecah masuk premis berkenaan. Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek juga menemui empat gelung kabel casing.

“Siasatan awal ke atas kedua-dua suspek, mereka bagaimana pun tidak mengaku terlibat dalam kes samun tetapi mengaku mengambil kabel berhampiran kilang tersebut. Tiada sebarang senjata yang digunakan oleh kedua-dua suspek dan kos kerugian dianggarkan berjumlah RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: curi kabel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd