• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Rampas 8 Kontena Berisi Komponen Mesin Judi

oleh Ahmad Albab
02/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lapan kontena mengandungi komponen mesin judi bernilai RM6.56 juta yang cuba diseludup masuk di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang pada 16 dan 17 Mac lepas.

Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Subromaniam berkata komponen dalam lapan kontena itu yang diimport dari China, boleh menghasilkan kira-kira 1,227 unit mesin judi.

“Kejayaan ini sedikit sebanyak membantu menangani kegiatan sindiket mesin judi haram di negara ini,” katanya pada sidang media di Bahagian Penguatkuasaan JKDM, di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi yang digunakan sindiket terlibat adalah dengan mengikrarkan kontena tersebut sebagai perabot dalam bil muatan bagi mengelak daripada mengemukakan permit pengimportan.

Menurutnya, mesin judi disenaraikan sebagai barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Butiran 64, Jadual Ketiga, Bahagian I, kecuali dengan permit daripada Kementerian Kewangan.

Susulan rampasan itu, dua suspek lelaki warga tempatan masing-masing berumur 60-an dan 52 tahun ditahan di sebuah premis di Semenyih, Selangor semalam kerana dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti pengimportan barangan terlarang itu, katanya.

“Kami percaya mereka adalah anggota sindiket. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan akan dibuat hingga ke akar umbi bagi mengenal pasti siapa lagi terlibat,” katanya, sambil menambah kedua-dua suspek itu direman lima hari bermula hari ini.

Beliau berkata kesemua komponen tersebut adalah untuk pasaran di Malaysia.

“Nilai rampasan dianggarkan RM6.56 juta dengan cukai sebanyak RM2.48 juta,” katanya.

Subromaniam menegaskan bahawa perbuatan mengimport barang-barang larangan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda daripada nilai barang, atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua atau kesalahan seterusnya, boleh dikenakan denda tidak kurang 20 kali ganda dan tidak lebih 40 kali ganda daripada nilai barang, atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, katanya. – BERNAMA

Tags: Kastammesin judi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd