• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Myvi Lawan Arus Ditahan Bantu Siasatan

oleh Ahmad Albab
02/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan pemandu kereta Perodua Myvi yang dipercayai memandu melawan arus di KM34, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 29 tahun dan berasal dari Pasir Gudang itu, ditahan di Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, awal hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

“Pemandu kereta tersebut datang ke Bahagian Trafik IPD Kulai kira-kira 1.10 pagi tadi berhubung satu rakaman video yang menjadi tular dalam media sosial.

“Rakaman percakapan dilakukan terhadap pemandu tersebut dan dia mengaku memandu kereta itu seorang diri,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata lelaki berkenaan kini ditahan di lokap IPD Kulai dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai, hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Semalam, video berdurasi satu minit 26 saat yang memaparkan sebuah Perodua Myvi dipandu melawan arus itu menjadi viral dalam laman media sosial.

Kejadian dipercayai kira-kira 8.20 pagi itu dirakam beberapa pengguna lebuh raya sebelum dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan turut dikongsi di aplikasi WhatsApp. – BERNAMA

Tags: lawan aruspemandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd