• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Desak Syed Mokhtar Perjelas Isu Proton

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari diminta menjelaskan pemilik sebenar, siapa proksi dan penama di belakang Proton.

Pemuda UMNO dalam satu kenyataan berkata, mereka mengambil maklum penjualan 49.9% saham Proton kepada syarikat China Zhejiang Geely minggu lalu.

Menurut Pergerakan itu, penjualan saham itu dilihat sebagai keputusan perniagaan Proton yang merupakan sebuah entiti swasta bagi memastikan kelangsungan syarikat dan ia tidak dipengaruhi oleh kerajaan.

“Namun bak kata pepatah, rumah siap, pahat masih berbunyi. Pemuda UMNO memandang serius kenyataan negatif yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga bekas Pengerusi Proton susulan penjualan saham itu,” menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Mohamad Sahri Aziz.

Kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir katanya, telah menimbulkan polemik serta kekeliruan dalam kalangan pemerhati serta rakyat berhubung masa depan Proton.

“Syed Mokhtar tidak boleh diam ibarat syaitan bisu, yakni tidak memberitahu kebenaran sedangkan mempunyai pengetahuan dan tanggungjawab untuk jelaskan perkara sebenar.

“Pemuda UMNO mendesak Tan Sri Syed Mokhtar menjelaskan siapa pemilik sebenar dan siapa proksi serta penama-penama di belakang Proton,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Adam turut mempersoalkan pemilik sebenar Proton.

“Saya merasakan Tun Mahathir dan Tan Sri Syed Mokhtar yang merupakan pemilik Proton melalui Kumpulan DRB-Hicom, perlu jawab persoalan oleh Tunku Aziz iaitu apakah Tun Mahathir pemilik sebenar Proton dan sama ada Tan Sri Syed Mokhtar hanyalah seorang proksi.

“Persoalan ini timbul apabila Tun Mahathir menolak secara terbuka atas isu pembelian 49.9% equity Proton.

“Jika Tan Sri Syed Mokhtar pemilik Proton beliau sudah semestinya sokong dan mempertahankan kerjasama antara Proton dan Geely.

“Wanita UMNO meminta penjelasan dari Tun Mahathir dan Tan Sri Syed Mokhtar tentang perkara ini yang kini menjadi perhatian rakyat seluruh negara,” kata beliau. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=aRgVxwIE6LU&t=3s

Tags: GeelyProtonSyed Mokhtar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd