• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Internet Malaysia Ke-10 Terpantas Di Asia Pasifik

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Purata kelajuan sambungan Internet Malaysia adalah yang kesepuluh terpantas di Asia Pasifik, demikian menurut penyedia perkhidmatan rangkaian penyampaian kandungan antarabangsa, Akamai.

Menurut Laporan Mengenai Internet Suku Pertama 2017 oleh Akamai, Malaysia mencatat purata kelajuan sambungan 8.9 Megabit per saat (Mbps), meningkat 9.1 peratus dari tahun lepas serta 40 peratus lebih baik berbanding suku pertama 2016.

“Penerimaan Jalur Lebar 10 Mbps Malaysia juga mencatat peningkatan 17 peratus suku ke suku dan 179 peratus tahun ke tahun,” menurut Akamai dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kemajuan terkini sektor telekomunikasi Malaysia, termasuk pengenalan rangkaian 5G dan 4.5G, memberi dorongan kukuh kepada penerimaan digital dalam negara.

“Malaysia mempunyai jumlah penduduk generasi muda yang semakin meningkat, mereka merupakan pengguna cekap teknologi dengan kuasa beli yang besar.

“Sebelum ini, demografik tersebut sentiasa menjadi pengguna awal teknologi baharu, dan faktor seperti pertumbuhan penggunaan telefon pintar dan pelan data mampu milik pula sebagai pemacu Malaysia ke arah mencapai ekonomi Internet,” menurut Akamai.

Menurut laporan itu, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura mempunyai purata kelajuansambungan terpantas melebihi 100 Mbps, manakala 12 negara Asia Pasifik yang dikaji menunjukkan purata kelajuan di atas 50 Mbps, kecuali China, Filipina dan India.

Singapura sekali lagi mendahului rantau itu dan dunia dengan purata sambungan terpantas 184.5 Mbps pada suku pertama tahun ini, menurut laporan berkenaan. – BERNAMA

Tags: internet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd