• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J/kuasa Bincang Pengecualian Dasar Kabotaj

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Sebuah jawatankuasa akan dibentuk untuk mengkaji dan membincangkan mengenai implikasi pelaksanaan pengecualian dasar kabotaj di Sabah, Sarawak dan Labuan yang berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh beliau yang akan dibentuk dalam tempoh terdekat.

“Keputusan pelaksanaan pengecualian itu memerlukan semua pihak mengadakan perbincangan dan memberi pendapat dalam usaha kerajaan menstabilkan dan mengurangkan tarif (perkhidmatan perkapalan kargo),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Spiritualiti, Kebudayaan dan Pelancongan Mampan di sini hari ini.

Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, turut mengakui bahawa terdapat segelintir masyarakat yang tidak senang dengan keputusan tersebut.

“Memang ada yang tidak memahami atau sengaja tidak memahami atau mahu memberi pendapat tertentu. Apa yang penting ialah kerajaan mempunyai tujuan yang baik.

“Hanya kita perlu bersama pihak berkepentingan untuk membincangkannya dengan menyeluruh (mengenai keberkesanan ketiadaan dasar kabotaj),” katanya.

Pada 7 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa hari ini dan tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas semua aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Parti Politik Tubuh Gabungan Bersatu Sabah

24/10/2018
0

KOTA KINABALU – Empat parti politik di Sabah iaitu PBS, STAR, PBRS dan UMNO hari ini secara rasminya mengumumkan pakatan...

Sabah Patut Bersyukur Najib Jadi PM – Pairin

27/04/2018
0

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana mempunyai Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui negara ini sebagai perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd