• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FMLLP Minta KAFA Jangan Putar Belit Fakta

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) supaya berhenti memutar belit fakta dan mempolitikkan isu berkaitan sekatan perpindahan pemain yang dikenakan ke atas persatuan berkenaan.

FMLLP dalam kenyataan media hari ini sebaliknya membidas KAFA yang enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk melengkapkan dokumen pendaftaran seperti yang dilakukan oleh pasukan lain yang juga terbabit dengan tindakan tatatertib FMLLP.

Pada awal bulan lepas, FMLLP mengenakan hukuman pemotongan enam mata dan sekatan perpindahan pemain bagi jendela pertengahan musim kepada empat pasukan iaitu Kelantan, T-Team, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana soal tunggakan gaji dan gagal melengkapkan pendaftaran pemain.

Tiga pasukan lain itu telah mengemukakan dokumen tertangguh berserta rayuan mereka kepada FMLLP yang kemudian telah membatalkan sekatan perpindahan pemain dan pemotongan mata dikurangkan daripada enam mata kepada tiga mata ke atas T-Team dan Perlis manakala rayuan ATM masih dalam siasatan lanjut.

“Surat dari FMLLP bertarikh 2 Mei 2017 dengan jelas menyatakan bahawa pasukan yang tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan sebelum 15 Mei 2017 akan dikenakan sekatan pendaftaran pemain baharu pada jendela kedua.

“Berkenaan KAFA yang mempunyai masalah kewangan, mereka sepatutnya berhubung dengan FMLLP untuk menjelaskan situasi dan pastinya FMLLP akan membantu dan membuat pertimbangan sewajarnya tetapi malangnya tiada usaha telah dibuat dari KAFA berkenaan isu ini.

“Kesimpulannya adalah mudah. Untuk mendaftar, berikan kepada FMLLP dokumen seperti yang telah disyaratkan. Tiada dokumen bermakna pendaftaran tidak lengkap dan akan didenda seperti pemotongan enam mata serta sekatan perpindahan,” menurut FMLLP.

Isu di antara KAFA dan FMLLP menjadi panas apabila penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa lantang mengkritik FMLLP kerana tidak membenarkan skuad ‘The Red Warrior’ mendaftarkan pemain import baharu iaitu Syedi L Imam bagi menggantikan Alessandro Padovani Celin yang dikatakan kurang cergas.

Berikutan itu, Annuar meminta FMLLP membatalkan pemindahan bekas pemain importnya Mohammed Ghaddar ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) memandangkan persatuan itu masih ‘gagal’ memenuhi syarat-yarat ditetapkan badan tersebut.

FMLLP hari ini menjelaskan bahawa pasukan hanya boleh mendaftar pemain baharu jika tindakan itu mendatangkan keuntungan atau kebaikan kepada pasukan.

“Sebagai contoh penjualan, Mohammad Ghaddar kepada JDT membolehkan KAFA menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang/tunggakan/gaji. Ini adalah objektif jelas FMLLP untuk membantu KAFA yang mengalami masalah kewangan.

“Selain itu jika pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum hari terakhir musim 2017 iaitu 31 Oktober 2017, tindakan boleh diambil untuk menyingkirkan pasukan tersebut ke divisyen yang bawah daripada divisyen di mana pasukan tersebut sepatutnya bertanding untuk musim 2018.

“Kegagalan pasukan tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran sebelum permulaan musim 2018 boleh menyebabkan penyertaan pasukan tersebut dibatalkan untuk musim 2018,” kata FMLLP.

FMLLP turut melampirkan bukti surat yang dihantar kepada semua pasukan termasuk Kelantan mengenai peraturan dan amaran serta peringatan berkaitan pendaftaran pemain dan pemotongan mata. – BERNAMA

Tags: FMLLPKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MH128: Suspek Warga Sri Lanka Didakwa Hari Ini

Next Post

Pegawai TLDM Didakwa Perdaya JLKN

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Pegawai TLDM Didakwa Perdaya JLKN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd