• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilangan Gelandangan Di LA Naik Mendadak

oleh Ahmad Albab
01/06/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Jumlah gelandangan di bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat melonjak 23 peratus tahun lalu walaupun usaha menangani krisis itu dipertingkatkan.

Menurut Pihak Berkuasa Perkhidmatan Gelandangan Los Angeles (LAHSA), seramai 57,794 penduduk tidak mempunyai tempat tinggal tahun ini berbanding 46,874 pada 2016.

Laporan itu mendedahkan seramai 34,189 orang tidak mempunyai kediaman tetap di bandar berkenaan.

“Tiada guna menyembunyikan berita buruk. Mustahil untuk tidak menghiraukan angka ini,” kata Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti, sambil menambah kaedah pengiraan lebih baik mungkin menjelaskan kadar pertambahan itu.

Katanya, peningkatan kadar sewa dan kos sara hidup menjadi punca kepada krisis gelandangan itu yang melanda Los Angeles selama bertahun-tahun sehingga digelar sebagai ‘Ibu Negara Gelandangan Amerika’.

“Kita tidak boleh membiarkan kadar sewa meningkat setiap tahun,” kata Garcetti yang kecewa melihat jumlah gelandangan veteran tentera turut bertambah. Menurut perangkaan 2017 itu, 4,828 veteran tentera menjadi gelandangan di Los Angeles dan ia menyaksikan peningkatan sebanyak 57 peratus berbanding 2016. – AFP/myMetro Online

Tags: Amerika Syarikatgelandangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd