• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOARANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mempunyai tempoh untuk hidup selama beberapa minggu sahaja sekiranya dia gagal mendapatkan rawatan bagi merawat tumor di mata kirinya.

Bongre Anton Peter, dari Papua New Guinea, telah menunjukkan tanda-tanda ketumbuhan itu pada Mac 2015, namun doktor tempatan gagal mengesannya.

Sebaliknya dia hanya diberikan ubat titis pada mata dan pil penahan sakit.

Hanya Ada Beberapa Minggu Untuk Hidup

Selepas penyakit itu tidak sembuh, ibu bapanya cuba menyembuhkan anak mereka dengan ilmu hitam.

Malangnya ia tidak berkesan dan pada masa sama tumor itu semakin membesar. Keadaannya yang semakin kritikal itu hanya dikesan selepas rakan keluarganya, Michael Williams membantu Bongre dengan membawanya menemui doktor lain.

Malangnya, ketika itu, penyakitnya sudah berada di tahap empat dan Bongre perlu menjalani radioterapi, jika tidak dia hanya ada beberapa minggu sahaja untuk hidup.

Bongre kini dirawat di hospital Port Moresby dan keluarganya sedang mengumpul wang untuk membawanya ke Australia.

“Ibu bapanya cuba menyembuhkan anak mereka dengan ilmu hitam kerana mereka tidak yakin ada ubat lain yang boleh menyembuhkan tumor itu. Mereka telah menghukum Bongre selama hampir setahun.

“Kami kini terdesak untuk mengumpul derma untuk membawanya ke Australia dan sedang mengatur kertas kerja dan visa serta rawatan sesuai yang tidak ada di Papua New Guinea,” kata Michael. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kanak-kanaktumor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd