• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wow!!! Jualan Murah Ezbuy 6 Hari Bermula Esok

oleh AK-47
01/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA baik buat peminat tegar pembelian barangan secara dalam talian apabila sebuah laman web membeli belah alam maya, Ezbuy menganjurkan jualan mega selama enam hari bermula 31 Mei ini.

Program jualan super murah 65eDay Ezbuy yang kali kedua diadakan ini menawarkan potongan harga sehingga 90% untuk produk-produk dari Malaysia, China, Amerika Syarikat, Korea dan Taiwan.

Pengasas bersama Ezbuy, Wendy Liu berkata, jualan super 65eDay berkenaan merupakan acara yang diadakan sebagai tanda penghargaan serta untuk memberi ganjaran kepada pelanggan.

“Pada Jualan Super Global 65eday kedua ini, pembeli berpeluang membeli barangan dengan potongan harga sehingga 90% yang ditawarkan oleh peniaga dari Malaysia, China, AS, Korea dan Taiwan.

“Kami mempunyai pelbagai produk untuk dijual pada harga diskaun, yang paling popular adalah barangan fesyen dan keperluan gaya hidup seperti, Sony, Tefal, Canon, Casio, Daniel Wellington, Omron, Western Digital, Samsung, Viewsonic, Kellogs, Lifebuoy, Johnson Baby, Kinohmitsu, Brands, Scholl, Avent dan banyak lagi.

Wow!!! Jualan Murah Ezbuy 6 Hari Bermula Esok

“Kami mempunyai senarai lebih 20 juta produk seperti fesyen istimewa, keperluan gaya hidup dan barangan laris terpilih, jadi anda lebih yakin bahawa apa yang anda cari boleh didapati di sini pada harga yang amat istimewa,” katanya.

Menurutnya, pelanggan boleh mendapatkan keahlian Prime yang membolehkan mereka menikmati kadar rata bayaran penghantaran antarabangsa RM8.80 tanpa mengira saiz dan berat bungkusan serta kuantiti barangan yang dibeli ketika daftar keluar belian.

Jelasnya, keahlian Prime juga membolehkan pelanggan untuk menambah sebanyak 46 senarai impian setahun iaitu 6 semasa mendaftar dan berikutnya 3 setiap bulan.

Ezbuy juga memperkenalkan khidmat Friends Deal yang baru iaitu membolehkan pembeli memulakan tawaran, berkongsinya dengan keluarga dan rakan serta membeli belah bersama mereka untuk menikmati belian barangan pada harga borong.

Terdapat 300 barangan untuk dibeli melalui Friends Deal dan tawaran ini akan diadakan setiap hari serta dikemaskinikan sepanjang hari sepanjang Jualan Super Global 65eday  yang tamat pada 5 Jun 2017.

Perkara yang menarik mengenai jualan mega kali ini, Ezbuy menawarkan baucer tunai bernilai RM15 untuk setiap pelanggan yang mendaftar melalui applikasi ezbuy baharu sepanjang acara jualan 6 hari ini.

Pelanggan hanya muat turun applikasi ezbuy dan imbas kod QR di www.ezbuy.my untuk mula membeli belah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jualan murah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

H5N1 Dikesan Pada Lembu Tenusu Di AS

Cawangan Kedai Serbaneka Disyaki Tidak Memohon Adakan Jualan Murah

28/03/2024
0

KUALA KANGSAR: Sebuah cawangan kedai serbaneka yang baharu dibuka di Kuala Kangsar Prima, di sini berhadapan denda RM2 juta selepas...

Jualan Harapan Rakyat Tawar Bahan Basah Murah

10/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Program Jualan Harapan Rakyat Malaysia, yang dilaksanakan serentak di sembilan kawasan di sekitar Lembah Klang hari ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd