• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka United Tekad Butang Panik, Rancang Jual Spaso

oleh AK-47
31/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pasukan Melaka United sudah menekan ‘butang panik’ untuk terus kekal di Liga Super pada musim hadapan dengan membuat rombakan secara besar-besaran.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan bahawa, pihaknya sedang membuat penilaian untuk melepaskan jurulatih Eric Williams dan penjaring terbanyak Liga Perdana 2016, Ilija Spasojevic bagi mengelak zon penyingkiran.

Dalam usaha memperbaiki persembahan, Melaka United sebelum ini telah menukarkan dua pemain importnya dengan membawa masuk pemain pertahanan dari Macedonia, Jasmin Mecinovic menggantikan Godwin Antwi dari Ghana dan pemain tengah dari Brazil, Felipe Almeida De Souza di tempat Sergio Aguero yang berasal dari Argentina, selepas jendela perpindahan pertengahan musim dibuka.

Skuad Sang Kancil kini sedang meneliti kedudukan Williams dan Spaso, di mana keputusan dijangka akan dibuat dalam masa terdekat ini, sebelum aksi liga bersambung kembali pada 1 Julai ini, menyaksikan Melaka United dijadualkan menentang satu lagi pasukan yang bergelut dengan ancaman penyingkiran, PKNS FC.

“Keputusan akan diambil pada hujung minggu ini…kami melihat prestasi Spaso ketika tewas 3-0 kepada Felda United hari itu tidak begitu baik. Beliau gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan di hadapan pintu gol.

“Secara peribadi, saya rasa Williams merupakan seorang jurulatih yang baik, tetapi sukar dapat keserasian dengan pemain. Mungkin pemain sukar menerima corak latihan yang cuba diterapkan oleh beliau kerana terlalu berat bagi mereka.

“Kami ada senaraikan beberapa jurulatih tempatan dan luar negara, tetapi saya kena kenal pasti dahulu apa masalah pasukan dengan Williams dulu sebelum ambil keputusan. Saya akan berbincang dengan pemain selepas mereka balik dari cuti nanti,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan beliau ke sesi latihan skuad Bawah-22 tahun negara di Wisma FAM, malam tadi.

Melaka United sebelum ini telah ‘merehatkan’ Williams sebelum perlawanan menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang, minggu lalu.

Yusoff, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata Melaka United juga akan melakukan rombakan pemain tempatan dengan membawa masuk beberapa pemain dari pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Pahang secara pinjaman.

Juara Liga Perdana 2016 itu berhadapan dengan risiko penyingkiran apabila berada di tempat ke-11 di carta Liga Super menerusi perbezaan gol, walaupun berkongsi 11 mata dengan pasukan di tangga kesembilan dan ke-10, iaitu PKNS FC dan Sarawak.

Selepas mengharungi 13 perlawanan, Melaka United hanya menang dua perlawanan, selain seri lima kali dan tewas enam kali. – BERNAMA

Tags: Melaka UnitedMUSA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd