• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Filipina Batal Lawatan Ke Jepun

oleh Ahmad Albab
31/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANOI – Presiden Filipina Rodrigo Duterte memutuskan untuk menangguhkan lawatannya ke Jepun yang dijadual pada Jun ekoran konflik semakin meruncing di bandar Marawi, Pulau Mindanao di selatan Filipina, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Selasa, Setiausaha Luar Negeri Alan Peter Cayetano mengumumkan Presiden tidak akan menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-23 di Jepun pada 5 hingga 7 Jun.

Jelas kenyataan itu lagi, Filipina dan Jepun bersetuju bahawa pertemuan antara Presiden Duterte dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan diadakan pada masa lain yang lebih sesuai.

Pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan kumpulan pemberontak Maute di Mindanao itu juga memaksa Duterte memendekkan lawatannya ke Rusia pada minggu lepas.

Keganasan di bandar Marawi meletus pada 23 Mei selepas pasukan keselamatan menyerbu rumah komander kumpulan Abu Sayyaf dan pemimpin cawangan Daesh di Filipina Isnilon Hapilon.

Hapilon dianggap sebagai antara pengganas paling berbahaya dan dikehendaki Amerika Syarikat dengan menawarkan ganjaran US$5 juta untuk menangkapnya.

Pada Selasa, kerajaan Filipina mengumumkan hampir berjaya mengawal semula keseluruhan bandar berkenaan selain menggesa anggota militan menyerah diri. – BERNAMA

Tags: Presiden Filipina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duterte Tidak Akan Setuju Pertukaran Tebusan

11/09/2017
0

MANILA - Presiden Filipina Rodrigo Duterte menolak kemungkinan membenarkan militan yang mempunyai kaitan dengan Daish melarikan diri dari bandar di...

Presiden Duterte Lakukan Lawatan Sulung Ke Malaysia

10/11/2016
0

PUTRAJAYA - Presiden Filipina Rodrigo Roa Duterte akan tiba di Malaysia hari ini untuk melakukan lawatan rasmi dua hari. Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd