• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakak Mangsa Serah Kepada Polis Untuk Siasatan

oleh Ahmad Albab
31/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kakak kepada suspek yang meninggal dunia selepas dipukul oleh orang awam kerana disyaki mencabul seorang wanita di bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra, di sini, meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian adiknya itu.

Kakak mangsa yang dikenali sebagai Fizah, 20, berkata, kejadian ini tidak patut berlaku memandangkan Allahyarham adiknya (suspek) berusia 31 tahun tidak diberi peluang untuk membela diri dan dipukul sebegitu rupa.

“Sejak malam tadi lagi doktor memberitahu abang tidak mempunyai harapan untuk diselamatkan kerana otaknya sudah mati.

Baca: Suspek Kes Cabul Maut Dibelasah: 5 Orang Ditahan

“Kami sangat mengharapkan abang dapat kembali pulih bagi menerangkan kejadian sebenar, tetapi Allah lebih sayangkan abang,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Fizah berkata, Allahyarham adalah anak ke empat dari tujuh adik beradik.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Zon Merah HSB tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang Ahad lalu, seorang lelaki dipukul oleh orang awam selepas dipercayai cuba mencabul seorang wanita di dalam tandas premis tersebut.

Suspek bagaimanapun gagal melarikan diri selepas wanita terbabit menjerit dan meronta sebelum suspek ditahan dan dipukul oleh orang awam yang berada di premis itu. – BERNAMA

Tags: cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

Mengaku Gersang Punca Lelaki Sengaja Langgar, Cabul Wanita Di Bazar Ramadan

13/03/2025
0

TEMERLOH - Seorang lelaki mendakwa gersang kerana 13 tahun tidak bersama wanita akibat HIV positif ditahan pada Rabu selepas mencabul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd