• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Provokasi Korea Utara: Jepun Mahu China Main Peranan

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Ketua sekretariat Majlis Keselamatan Negara Jepun Shotaro Yachi pada Isnin menggesa China memainkan peranan lebih besar dalam menangani ancaman pelancaran peluru berpandu Korea Utara, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Provokasi Korea Utara telah memasuki “peringkat baharu ancaman”, kata Yachi kepada anggota Majlis Perbandaran China Yang Jiechi pada satu mesyuarat di wilayah Kanagawa, barat daya Tokyo.

Yachi meminta kerjasama Beijing untuk menyekat tindakan Pyongyang menerusi sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara.

Rundingan itu diadakan selepas Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu balistik kesembilannya tahun ini pada Isnin.

Yachi dan Yang bersetuju bahawa Tokyo dan Beijing terus meningkatkan kerjasama termasuk di peringkat PBB berhubung kait tindak balas terhadap provokasi Korea Utara.

Selain itu, kedua-dua pihak turut mengesahkan Jepun dan China akan berusaha memperbaiki hubungan dua hala.

Yachi dan Yang juga membincangkan kemungkinan mengadakan sidang kemuncak dua hala di luar Mesyuarat Kumpulan 20 di Jerman pada Julai dan mesyuarat tiga hala antara pemimpin Jepun, China dan Korea Selatan tahun ini selain bertukar-tukar pandangan mengenai situasi di Laut China Selatan. – BERNAMA

Tags: Shotaro Yachi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd