• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istana ‘Sultan Melaka’ Di Indonesia Bakal Dibina?

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH seorang usahawan, Raja Noor Jan Shah dari Gombak, Selangor yang mengisytiharkan dirinya pewaris takhta Sultan Melaka sering mendapat perhatian dan kali ini dikatakan sedang membina istana di Indonesia.

MalaysiaGazette melaporkan, usahawan tersebut kini sedang meluaskan ’empayarnya’ dengan pembinaan istana.

Namun, tiada maklumat lengkap mengenai pembinaan dan lokasi tepat mengenai istana tersebut.

Noor Jan pada 2005 telah menobatkan dirinya sebagai sultan, seterusnya menuntut takhta daripada istana Melaka namun, kerajaan negeri menafikan beliau sebagai waris takhta kesultanan negeri.

Dalam pada itu, Noor Jan pernah dilaporkan kononnya menganugerahkan darjah kebesaran kepada beberapa orang individu termasuk ‘raja repot’ Rani Kulup dalam satu majlis.

Beliau kemudiannya ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Antara lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan adalah Rani Kulup.

Sejak kali pertama membuat dakwaan sebagai pewaris takhta Sultan Melaka pada November 2005, ada sahaja perkembangan mengenai beliau.

Noor Jan tidak pernah kendur walaupun dakwaannya dinafikan oleh banyak pihak termasuk kerajaan negeri Melaka dan Raja Ali Raja Amran, seorang waris Sultan Abdullah Mohamad 1. – MYNEWSHUB.CC

Tags: istanasultan melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Banduan Tidak Seharus Dijemput Ke Istana, Kata Dr Mahathir

16/06/2022
0

Kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak ke sebuah majlis di istana baru-baru ini dilihat sebagai tidak betul dan tidak molek....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd