• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramadan Tanpa Suami, Nora Luah Rasa Rindu

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIAM tak diam, sudah masuk Ramadan keempat hari ini. Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, kita sebagai umat Islam digalakkan untuk mengejar segala kebaikan seperti melakukan amalan sunat solat tarawikh dan bersedekah.

Buat penyanyi Nora Ariffin yang kehilangan suami tercinta, Allahyarham Johan Nawawi pada 24 Mac lalu, dia tidak mampu menahan perasaan rindu terhadap arwah suaminya yang meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Menulis luahan penuh syahdu, Nora berkongsikan pengalamannya melakukan solat tarawikh bersama arwah sepanjang 25 tahun mereka berkahwin.

“Tinggal kenangan. Sudah menjadi rutin biasa, after terawih abang akan tunggu I dan Putri depan pintu. Then I akan salam abang… kita moreh dan pulang sama-sama.

“Kalau di Makkah, after terawih pun sama, abang akan tunggu dan bawa I jalan-jalan dan minum coffee. Seronok sangat.

“Semoga di sana nanti, abang juga akan tunggu I macam abang tunggu di dunia. Tak sangka Ramadan tahun lalu adalah kali terakhir untuk abang.. Kali terakhir juga I mencium tangan abang di bulan Ramadan,” tulis penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Delima itu.

Tinggal kenangan. Sudah menjadi rutin biasa, after terawih abang akn tunggu I & putri depan pintu. Then I akn salam abang…kita moreh & pulang sama2.😊 Kalau di Mekah, after terawih pun sama, abang akn tunggu dan bawak I jalan- jalan dan minum coffee. Seronok sangat. Semoga disana nanti, abang juga akn tunggu I mcm abang tunggu didunia. Tak sangka Ramadhan tahun lalu adalah kali terakhir utk abang.. Kali terakhir juga I mencium tangan abang di bulan Ramadhan. I nak jumpa abang lagi. Al- Fatihah buat suamiku yg makin dirindui. JOHAN NAWAWI.. 1966-2017

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on May 27, 2017 at 8:11am PDT

Peminat dan pengikut Instagram Nora yang tersentuh dengan nukilan penyanyi itu kemudiannya memberi kata-kata semangat buat Nora agar tabah dengan segala ujian yang diberikan kepadanya.

Amarjutawanmudatakaful menulis, “Di saat kita bersedih dan berduka ada yang lebih menderita dari kita. Stay strong because bulan puasa roh-roh ni akan pulang ke rumah tengok waris dia. Dia akan happy tengok you happy dan dia akan sedih kalau tengok you sedih.”

“Semoga kak Nora tabah, semoga roh tergolong dalam orang-orang beriman,” tulis tiffinbyrose. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Johan Nawawinorapenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd