• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuna, Adam Sinclair Bakal Tunang Lepas Raya?

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini kecoh di portal-portal hiburan tempatan dengan berita bahawa wanita yang kini menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna, dikatakan bakal mengikat tali pertunangan selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.

Yuna, atau Yunalis Zarai, 30, sedang hangat bercinta dengan adik kepada aktor Ashraf Sinclair, iaitu Adam Sinclair sejak setahun lalu.

Segala persiapan majlis tersebut telah diuruskan oleh keluarga mereka di tanah air, namun ibu Yuna dikatakan fokus kepada majlis yang lebih besar: perkahwinan!

Desas desus mengatakan pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 28 Januari 2018.

Jika benarlah khabar ini, maka ini adalah kali ketiga pasangan sama cantik sama padan ini dispekulasikan bakal membawa hubungan cinta mereka ke fasa yang lebih serius.

Sejak tahun lalu, gosip pertunangan mereka hangat diperkatakan namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh kedua-dua Yuna dan Adam sendiri.

Yuna, Adam Sinclair Bakal Tunang Lepas Raya?
GAMBAR YANG MENCETUSKAN SPEKULASI BAHAWA PASANGAN INI TELAH BERTUNANG SENYAP-SENYAP TAHUN LALU. – FOTO INSTAGRAM @YUNAMUSIC

Awalnya, spekulasi tersebut tercetus apabila sekeping gambar menunjukkan mereka memakai pakaian sedondon semasa menghadiri resepsi perkahwinan AG Coco dan Zue viral di media sosial.

Walaupun tidak pernah mengakui secara terbuka tentang hubungan mereka, baru-baru ini Yuna telah memuat naik status di Instagramnya yang berbaur romantis dan dipercayai didedikasikan kepada Adam.

Menerusi kiriman itu, Yuna meluahkan perasaan terharunya atas kehadiran Adam yang sentiasa berada di sisiya sepanjang lima tahun mereka berkawan.

Bagaimanapun, setakat ini, kedua-dua Yuna dan Adam masih belum memberikan sebarang kenyataan tentang khabar angin ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berkahwinbertunangyuna
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bah Besar Ancam Selatan Thailand

Pemegang PLKS Tidak Dibenarkan Berkahwin Dengan Rakyat Tempatan

27/12/2023
0

Kuala Lumpur: Pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) tidak boleh berkahwin dengan rakyat tempatan seperti yang dinyatakan mengikut Akta Imigresen...

Yuna Pernah Disuruh Tanggal Tudung

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh segelintir pihak ketika di awal kemunculannya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd