• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Celcom Jangka Langganan Harian Naik 20 Peratus

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd berharap dapat meningkatkan langganan hariannya sebanyak 20 peratus menerusi Celcom EasyPhone, program ansuran peranti terbesar mulai `1 Jun-31 Julai 2017, bersempena bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Pemasaran Zalman Aefendy Zainal Abidin, enggan mendedahkan jumlah langganan ketika ini.

Beliau berkata menerusi EasyPhone, Celcom menawarkan cara paling mudah kepada setiap orang bagi memiliki telefon pintar terkini dari serendah RM25 sebulan dengan kontrak 24 bulan.

“Disokong oleh rangkaian evolusi jangka panjang Lightning Fast oleh Celcom, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai promosi menarik dan kandungan mudah alih digital yang akan terus memeriahkan perayaan yang pasti sukar dilupakan ini, ” kata beliau kepada pemberita semasa mengumumkan tawaran dan promosi istimewa Celcom di sini hari ini.

Zalman Aefendy berkata syarikat telekomunikasi tersebut akan melancarkan kempen bertema Raya yang dipanggil ‘Mak Kata’, bagi memberi pekspektif yang berbeza terhadap perayaan Hari Raya, dengan menumpukan pada nasihat dan kata-kata bijak bestari daripada kalangan ibu.

“Kami juga menawarkan pilihan ‘Xpax Raya Freebies’ kepada pelanggan prabayar kami bagi tambahan mingguan untuk panggilan tanpa had kepada 10 rakan yang mengguna sebarang rangkaian, atau tambahan mingguan bagi Internet lewat malam 10GB atau baucar Lazada bernilai RM10, mulai sekarang sehingga 30 Jun.

“Selain itu, pelanggan akan menikmati kuota Tambahan berganda sehingga 20GB yang meliputi Internet lewat malam, Facebook dan Video Walla apabila pelanggan membeli Tambahan bagi pelan harian dan Tambahan bagi pelan mingguan menerusi Xpax App sahaja,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: CELCOM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 70 Peratus Rangkaian Celcom Lembah Klang Pulih

23/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd telah memulihkan lebih daripada 70 peratus rangkaian di tapak yang terjejas di Lembah Klang setakat...

Akhirnya Dijual Juga Celcom

21/06/2021
0

Dari Facebook Najib Razak SEBELUM ini, syarikat Khazanah milik 100% syarikat CELCOM melalui Axiata. Kini, Khazanah milik 33.1% kepentingan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd