• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Persoal FMLLP Sekat Daftar Pemain Baharu

oleh AK-47
29/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempersoal tindakan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) yang menyekat pendaftaran pemain baharu persatuan itu dengan alasan tunggakan gaji masih belum diselesaikan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor berkata bayaran gaji April untuk pemain Liga Super sahaja melebihi RM640,000, dengan bayaran pendahuluan kepada pemain import baharunya, Abou Bakr Al Mel dan yuran ejen melebihi RM300,000.

“(Ini termasuk) bayaran tunggakan gaji terhadap Obinna Nwaneri dan Margaro Gomis yang menghampiri RM50,000.

“Maka di sini ingin saya dedahkan kepada umum supaya semua pihak boleh memahami dengan tepat mengenai isu ini dan suatu perincian penyata rasmi akan dihantar segera kepada FMLLP dan salinan kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) untuk dinilai dan diadili tanpa sebarang syak wasangka dan prejudis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, FMLLP dilaporkan bertegas tidak akan meluluskan pendaftaran seorang lagi pemain import baharu Kelantan iaitu Syedi L Imam berikutan pihaknya hanya menerima satu surat permohonan daripada KAFA untuk seorang sahaja pemain luar negara yang ingin didaftarkan bagi menyertai pasukan itu.

Malah pemain itu tidak boleh diluluskan pendaftarannya untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan berikutan isu-isu yang dihadapi persatuan tersebut berkaitan pembayaran tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata bagi mengimbangi kewangan pasukan, beberapa langkah penjimatan juga telah diambil bagi mengelak tunggakan gaji pemain terus berlaku.

“KAFA cukup berhati-hati dalam pengambilan dan pembelian pemain import baharu sebagai mematuhi dan menghormati keputusan FMLLP.

“Pembelian Abou Bakr dari sebuah kelab di Lebanon tidak melebihi kos pembiayaan Mohammed Ghaddar termasuk gaji bulanan dan bayaran-bayaran lain, menyebabkan FMLLP telah meluluskan pendaftaran pemain itu dengan mudah sekali,” katanya.

Ismail juga berkata KAFA berhasrat melantik seorang pengarah teknikal yang baharu bagi membantu ketua jurulatih dan ini tidak membabitkan sebarang bayaran kerana ia dapat ditampung menerusi peminjaman Nik Shahrul Azim Abdul Halim ke Negeri Sembilan.

Beliau berkata dasar peminjaman pemain-pemain Kelantan ke beberapa persatuan lain merupakan antara langkah yang diambil KAFA sebagai satu usaha penjimatan untuk menyelesaikan masalah kewangan persatuan itu. – BERNAMA

Tags: KAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fikirlah: Bahasa Inggeris Perlukan Guru Cara ‘Lama’

Next Post

Perlu Tidur Cukup Untuk Elak Bahaya Akibat Terlelap

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Perlu Tidur Cukup Untuk Elak Bahaya Akibat Terlelap

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd