• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja-Kerja Pemeliharaan Takhta Rencana Di Muzium

oleh AK-47
29/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Kakitangan Muzium Diraja Seri Menanti dekat sini baru-baru ini melakukan kerja-kerja pemeliharaan Takhta Rencana, iaitu sejenis kenderaan yang digunakan dalam istiadat melibatkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Penolong Kurator Unit Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, Bahagian Antikuiti Lembaga Muzium Negeri Sembilan Mohd Nazim Abd Gaman berkata sebanyak lapan kakitangan muzium diketuai beliau sendiri terlibat dalam kerja-kerja pemeliharaan itu bagi memastikan khazanah berharga tersebut dapat dikekalkan.

Beliau berkata melalui kerja-kerja pemeliharaan akan dapat memanjangkan hayat dan memastikan kesejahteraan berterusan Takhta Rencana, tinggalan sejarah yang amat bernilai dan perlu dipertahankan bagi tatapan generasi akan datang, sebagai bahan pameran di muzium itu.

Mohd Nazim berkata selain itu, ia juga dapat mendidik dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada kakitangan yang terlibat mengenai bidang konservasi yang menjadi antara cabang utama dalam permuziuman, di samping pameran dan penyelidikan.

“Takhta Rencana adalah daya tarikan utama pengunjung untuk datang ke Muzium Diraja Seri Menanti, selain melihat pameran dan artifak yang berkaitan dengan institusi pemerintahan beraja di Negeri Sembilan,” katanya di sini hari ini.

Takhta Rencana digunakan dalam istiadat pertabalan dan istiadat bersiram yang mana dalam istiadat bersiram Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti hingga ke Panca Persada.

“Takhta Rencana ini terdiri daripada 40 peratus besi dan 60 peratus kayu. Ia terhasil sepenuhnya dengan buatan tangan daripada tukang yang mahir. Asas binaannya diperbuat daripada kayu dengan sokongan empat buah tayar dan gandar bagi menampung keseluruhan berat Takhta Rencana tersebut.

“Sejarah penggunaannya bermula sewaktu pertabalan Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad Shah sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kelapan,” katanya.

Mohd Nazim berkata Takhta Rencana telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan 2015 di bawah Objek Warisan Ketara oleh Jabatan Warisan Negara. – BERNAMA

Tags: Muzium Diraja Seri Menanti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd