• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vokalis Padi Nekad Hijrah & Hidup Bersederhana

oleh AK-47
29/05/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBANYAKAN vokalis kumpulan popular Indonesia nampaknya sudah mula membuat haluan sendiri sejajar dengan peningkatan usia mereka selain mahu menumpukan ke arah saham akhirat pula.

Jika Pasha dari kumpulan Ungu mengambil keputusan untuk bergiat aktif dalam bidang politik dengan menjadi wakil rakyat, vokalis kumpulan Padi iaitu Fadly pula sudah beralih arah dari bidang seni dan enggan lagi terlibat dalam bidang penuh glamor dan sensasi itu.

Menurut Fadly yang popular dengan lagu Menanti Sebuah Jawaban itu, dia sudah berbincang dengan isteri dan anak-anak tentang niat dan keinginannya itu.

“Niatnya sudah ada, saya sudah beritahu anak dan isteri. Saya ingin hidup sederhana kerana saya masih seorang anak. Saya ingin berbakti kepada orang tua saya. Sejak tamat persekolahan, saya sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan ibu saya,” ujarnya lapor Merdeka.com.

Menurut Fadly lagi, rancangannya untuk berhijrah dan menetap bersama ibunya bukan kerana dirinya sudah puas menikmati dunia.

“Duniawi dari dulu saya puas. Alhamdulillah, sama seperti yang saya beritahu kepada anak, jangan jatuh cinta sama dunia, dunia itu seperti seorang janda tua. Semua yang jatuh cinta pada dia pasti akan ditelan mati dan dia akan jadi janda lagi,” katanya berfalsafah.

Vokalis Padi Nekad Hijrah & Hidup Bersederhana
Padi

Fadly atau nama lengkapnya Andi Fadly Arifuddin, 42, menubuhkan Padi bersama empat rakannya iaitu Ari (gitaris), Yoyo (drummer), Rindra (bassist) dan Piyu (gitaris) pada 8 April 1997.

Padi telah menerbitkan lima buah album sepanjang kerjaya mereka iaitu, Lain Dunia (1999), Sesuatu Yang Tertunda (2001), Save My Soul (2003), Padi (2005) dan Tak Hanya Diam (2007). – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis Indonesiapadiselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd