• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latihan Awal Demi Lakar Kejayaan Di Brussels

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keinginan untuk melakar kejayaan pada Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) di Brussels, Belgium pada 21 Jun hingga 2 Julai ini dibuktikan skuad hoki wanita negara yang mula menjalani latihan awal pagi pada Ramadan ini.

Ketua jurulatih negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata keputusannya memperkenalkan jadual latihan baharu yang bermula pada sebelah malam sebelum disambung semula pada awal pagi itu disambut baik anak buahnya.

Menurutnya reaksi positif yang ditunjukkan skuad dengan jolokan Malaysian Tigress yang kini menduduki ranking ke-14 dunia itu jelas membuktikan kesungguhan dan kegigihan mereka untuk mencipta sejarah layak beraksi di pentas Piala Dunia 2018 di London.

“Latihan sebelah malam bermula pada pukul 8.30 hingga 10.30 malam sebelum disambung semula pada 3.30 hingga 5 pagi dan kemudian mereka akan balik untuk bersahur. Mereka (pemain) sangat positif dan saya memang dapat lihat kesungguhan yang ada dalam diri mereka.

“Mereka tahu ini adalah satu-satunya peluang terakhir mereka memburu slot untuk beraksi di London, jadi mereka sedar apa yang perlu dibuat selepas saya memberitahu tentang pelan latihan pada bulan Ramadan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Dharma Raj menjelaskan sebab utamanya memperkenalkan jadual latihan baharu itu adalah kerana mahu mengekalkan intensiti latihan yang sama seperti sebelum ini bagi mengelakkan pemainnya mengalami kualiti latihan yang kurang baik.

“Saya tidak boleh menurunkan intensiti latihan pada waktu begini sebab kita berada di dalam kumpulan maut. Oleh itu jika kita tidak bersiap sedia dengan baik, kita akan dimalukan nanti.

Dari pengalaman saya, kualiti latihan akan menurun sekiranya kita kekurangan air jadi sebab itu saya tidak mahu mengambil risiko mengekalkan waktu yang sama seperti pada bukan bulan puasa. Sebulan ini para pemain perlu berkorban dan mereka tidak mempunyai masalah untuk itu,” ujarnya.

Pasukan negara dijangka menerima tentangan hebat daripada negara kuasa besar hoki apabila diundi berada di dalam Kumpulan B bersama-sama Australia, Belgium, New Zealand dan Sepanyol.

Skuad hoki wanita bimbingan Muhammad Dharma Raj akan berlepas ke Amsterdam, Belanda, pada 12 Jun ini bagi mengharungi tiga perlawanan pemanas badan sebelum berlepas ke Brussels lima hari kemudian dan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Itali. – BERNAMA

Tags: Dharma Raj
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sasaran Malaysia Layak Ke Piala Dunia 2018 – Dharma Raj

23/01/2017
0

KUALA LUMPUR - Misi skuad hoki wanita negara belum selesai selepas mengesahkan tiket ke pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd