• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Henti Keluar Lesen Pusat Hiburan Keluarga

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka telah menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga yang baharu di negeri itu bagi melakukan kajian dan semakan terhadap lesen sedia ada, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata walaupun lesen berkenaan sebelum ini dikeluarkan setelah kajian dilakukan dan diputuskan di peringkat kerajaan negeri, namun langkah tersebut dilakukan bagi mengesan operator yang menyalahgunakan lesen tersebut terutama bagi aktiviti perjudian.

Katanya tempoh bagi pemberhentian pengeluaran lesen tersebut belum diputuskan kerana pihaknya perlu mendapatkan data sebenar termasuk jumlah lesen sedia ada yang telah dikeluarkan sebelum ini.

“Saya mengambil maklum nasihat Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) sebelum ini dan saya ingin lihat berapa banyak lesen pusat hiburan keluarga yang telah dikeluarkan setakat ini.

“Justeru kerajaan negeri telah mengambil satu langkah besar iaitu menghentikan pengeluaran lesen hiburan baharu sehingga semua pemilik lesen sedia ada mengikut syarat yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas Program UMNO Bantu Rakyat dan Penyampaian Sumbangan kepada UMNO Bahagian Negeri Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Khalid kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri untuk menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga di negeri itu, semalam.

Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri akan menarik serta-merta lesen operator pusat hiburan yang didapati tidak mengikut syarat yang ditetapkan dan lesen berkenaan tidak akan dikeluarkan lagi kepada mereka.

Terdahulu pada majlis itu, Idris menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 400 orang asnaf, miskin, ibu tunggal dan anak yatim di negeri ini. Turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd