• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Ditikam Mati Cuba Pertahankan Wanita Islam

oleh Ahmad Albab
29/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OREGON – Seorang lelaki menikam mati dua penumpang tren komuter di Portland selepas mereka cuba menghalang dia mengganggu dua wanita Islam, kata polis semalam.

Polis mengenal pasti lelaki itu, yang ditahan tidak lama selepas serangan kelmarin itu, sebagai Jeremy Joseph Christian dari Portland, 35, yang memiliki rekod jenayah.

Penyelidik kanan dengan Southern Poverty Law Center, dalam blog, berkata laman Facebook Christian menunjukkan dia bersikap perkauman dan memegang kepercayaan pelampau.

Serangan dilakukan beberapa jam sebelum bermulanya Ramadan, apabila 1.6 bilion penganut Islam berpuasa.

Christian bermula dengan mengeluarkan cacian berunsurkan etnik dan agama terhadap kedua-dua wanita itu, seorang daripada mereka memakai tudung, kata Jabatan Polis Portland.

Tiga lelaki lain yang cuba menghalangnya ditikam. Ricky John Best, 53 dari Happy Valley, Oregon, maut di lokasi kejadian manakala Taliesin Myrddin Namkai Meche, 23, meninggal dunia di hospital.

Seorang lagi mangsa berada di hospital dengan kecederaan serius tetapi tidak mengancam nyawa.

Christian didakwa atas dua tuduhan membunuh dan cubaan membunuh, mengancam dan memiliki senjata. Dia diarahkan ditahan tanpa ikat jamin. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DITIKAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Lebih 10 Kali Di Sekolah Menengah Di Banting

Pelajar Tingkatan Tiga Ditikam Lebih 10 Kali Di Sekolah Menengah Di Banting

06/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BANTING – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera selepas dipercayai ditikam lebih 10 kali oleh seorang lagi pelajar...

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd