• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

H5N1: Tiada Kes Baharu Dikesan Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
27/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak 59 hari lepas, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

JPV dalam satu kenyataan hari ini berkata sehingga kini, 36 lokasi disahkan positif wabak itu melibatkan enam jajahan iaitu 15 lokasi di Kota Bharu, enam di Pasir Mas, lima di Tumpat, enam di Bachok, tiga di Pasir Puteh, dan satu di Tanah Merah, melibatkan 51 premis.

“Jumlah pelupusan adalah 56,953 ekor ternakan unggas dan 17,531 biji telur. Bagi aktiviti pemantauan, jumlah sampel yang diambil 3,792 daripada 647 pemilik,” menurut kenyataan berkenaan.

Melalui operasi sekatan jalan raya di empat lokasi strategik pula, sebanyak 21,764 kenderaan telah diperiksa dengan 61 kes rampasan melibatkan 286 ekor unggas.

Menurut JPV, setakat ini tiada jangkitan H5N1 dikesan dalam kalangan manusia manakala negeri lain pula kekal bebas wabak itu, namun berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

Orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk menikmati telur dan ayam pedaging yang dijual di pasaran kerana ia dikeluarkan oleh penternak di negeri yang bebas penyakit tersebut.

Pada 15 Mac lepas, kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri susulan kematian ayam kampung akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, di sini pada 6 Mac. – BERNAMA

Tags: H5N1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamparan Ribuan Ubur-ubur Luar Biasa Berpunca Peningkatan Suhu

H5N1 Dikesan Pada Lembu Tenusu Di AS

28/03/2024
1

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji positif virus selesema burung, H5N1 di bawah...

Malaysia Tak Import Ayam Selsema H5N1

03/02/2020
0

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd