• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lego Malaysia Perkenal Binaan Mini Budaya Malaysia

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – LEGO Malaysia melakar sejarah dengan menjadi syarikat pertama menghasilkan empat binaan mini baharu yang memaparkan kemegahan budaya Malaysia.

Pengurus Pemasaran Kanan Lego Malaysia, Jacob Leighton Rennison berkata, ia menjadi detik bersejarah bagi syarikat itu yang belum pernah menghasilkan sesuatu binaan yang khusus berkaitan Malaysia sebelum ini.

“Perkara ini tidak selalu berlaku dalam sejarah Lego dan kami di Lego Malaysia berasa bangga kerana berjaya menyiapkannya,” katanya selepas pelancaran kempen #BuildAmazingMY Lego Malaysia di Pavilion KL, hari ini.

Edisi terhad binaan mini budaya Malaysia yang terdiri daripada bunga kebangsaan, rumah kampung tradisional, wau dan ketupat, akan dikeluarkan pada setiap Sabtu mulai 27 Mei hingga 17 Jun.

“Ia boleh diperoleh menerusi pembelian produk Lego bernilai RM300 di kedai Toys ‘R’ Us yang terpilih dan kedai Lego yang diperakui.”

Sebelum itu, beliau berkata kempen itu akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti membuat binaan menerusi acara ‘Cities of Wonder‘ dari 25 Mei hingga 4 Jun di samping pertandingan ‘My Own Creation Facebook‘ dari 22 Mei 16 Jun.

“Kami adalah syarikat pertama di Asia yang melancarkan ‘Cities of Wonders’ dan saya difahamkan negara lain di Asia akan turut mengambil langkah serupa dengan mewujudkan binaan mini budaya mereka,” katanya.

Beliau berkata bersempena sambutan Hari Raya Puasa, syarikat itu akan bergandingan dengan Pavilion KL untuk menganjurkan binaan mozek Lego terbesar dan mencatatkan rekod baharu Malaysia bagi mozek Lego terbesar di negara ini.

“Projek hebat ini akan dijayakan oleh peminat yang begitu bersemangat daripada komuniti Lego dalam tempoh dua hujung minggu iaitu 9 hingga 11 Jun dan 16 hingga 18 Jun,” katanya.

Beliau berharap lebih banyak pihak, terutamanya ibu bapa dan anak-anak, akan hadir untuk menyertai mereka dalam acara itu.

Maklumat lanjut berkaitan kempen itu dan cara untuk menyertainya boleh diikuti menerusi Facebook Lego Malaysia di www.facebook.com/LEGOMalaysia.official dan hashtag #BuildAmazingMY #LEGOMY. – BERNAMA

Tags: lego
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengantin ‘Sempoi’ Guna Brokoli, Butang Baju Lego

06/03/2019
0

INILAH pasangan pengantin paling sempoi di awal 2019. Kebiasaannya pengantin tidak kira sama ada perempuan atau lelaki sudah pasti akan...

Legoland Dubai Ada Bangunan Lego Tertinggi Di Dunia

23/10/2016
0

DUBAI - Akhir bulan ini, pengunjung taman tema Legoland Dubai dapat menyaksikan bangunan Lego tertinggi di dunia yang kebetulan replika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd