• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sangkal Dakwaan Melobi Pentadbiran Trump

oleh AK-47
28/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia hari ini menjelaskan bahawa ia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana pihak yang mendakwa telah diupah untuk melobi pentadbiran Trump bagi pihaknya, seperti dilaporkan oleh media.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku SariffudinTengku Ahmad dalam satu kenyataan di sini berkata, baik Pejabat Perdana Menterti mahupun Kerajaan Malaysia tidak pernah mengarahkan, melantik atau mengikat kontrak dalam apa jua bentuk dengan pihak-pihak yang dikatakan itu iaitu Godfrey Group Ltd., the 45 Group atau Healy Baumgardner-Nardone.

Menurut laporan sebuah portal berita Malaysia, kerajaan Malaysia dikatakan telah mengupah sebuah firma dari Amerika Syarikat, dikenali sebagai 45 Group untuk melobi bagi pihaknya.

Portal berita itu yang memetik laporan dalam Daily Beast, laman web berita berpangkalan di New York, mendakwa bahawa konon firma tersebut telah menerima cek US$250,000 (RM1.07 juta) pada 9 Mei dari sebuah syarikat Malaysia dikenali Godfrey Group Ltd. seperti dilaporkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Firma itu diketuai oleh Healy Baumgardner-Nardone yang pernah berkhidmat bagi kempen pilihan raya bagi presiden Amerika Syarikat sekarang Donald Trump. Walaupun beliau akhirnya berhenti berkhidmat bagi kempen itu, beliau dilaporkan masih mempunyai hubungan rapat dengan kalangan orang dalam pentadbiran Trump, menurut portal berita itu.

Tengku Sariffudin berkata Malaysia sentiasa mengalu-alukan rakan dari seluruh dunia yang menyatakan sewajarnya bahawa Malaysia mempunyai ekonomi yang mesra perniagaan, terbuka kepada perdagangan dan pelaburan.

“Malaysia ialah sebuah negara majoriti Islam mengamalkan pendekatan kesederhanaan yang dibawah kepimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berdiri teguh dalam perjuangan menentang keganasan dan ekstremisme,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku SariffudinTengku Ahmad
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd