• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasir Pecah Rekod Larian Lebih 500 KM Dalam Tempoh 6 Hari

oleh AK-47
26/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Selepas melakukan larian selama enam hari meliputi jarak lebih 500km dari Shah Alam ke Alor Setar, Nasir Abbas berjaya menamatkan lariannya tepat pada 4.10 petang ini di Stadium Darul Aman di sini.

Ini sekali gus berjaya memecah rekodnya sendiri yang mana sebelum ini Nasir menghabiskan larian selama 10 hari meliputi jarak yang sama pada larian sempena final Piala Malaysia 2015.

Ketibaan Nasir, 62, disambut oleh lebih 50 penyokongnya yang turut sama berlari mengiringi peringkat akhir lariannya ke perkarangan stadium itu.

Larian bermula dari Stadium Shah Alam pada 21 Mei.

“Saya bersyukur kerana berjaya menamatkan larian dalam keadaan yang baik dan selamat. Larian kali ini juga merupakan larian paling mudah berbanding larian sebelum ini kerana keadaan cuaca yang tidak panas.

“Saya memulakan larian dari Stadium Shah Alam sehari selepas berakhirnya final Piala FA pada pukul 7 pagi. Sehari saya berlari lebih 80km yang mengambil masa kira-kira 10 jam sebelum berhenti berehat,” katanya kepada pemberita.

Berasal dari Taman Sri Putra, Kuala Kedah, Nasir berlari sebagai tanda sokongan kepada pasukan Lang Merah kerana berjaya menjuarai Piala FA baru-baru ini.

“Saya memang penyokong pasukan Kedah, jadi ini merupakan satu cara untuk memberi sokongan kepada mereka. Saya akan terus berlari selepas ini sekiranya keadaan kesihatan mengizinkan selain mendapat tajaan untuk membuat larian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nasir Abbas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd