• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rela Perlu Bersedia Bantu Pasukan Keselamatan

oleh AK-47
27/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) perlu sentiasa bersedia untuk membantu pasukan keselamatan negara.

Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA Sabah, Kol. (K) Datuk Juhari Janan berkata, anggota RELA merupakan antara benteng keselamatan negara selepas Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“RELA berada di mana-mana dan tugas mereka diakui masyarakat dalam pelbagai segi, malah tanggungjawab serta peranannya amat dihargai terutama pembabitan dalam misi kemasyarakatan.

“Saya percaya, RELA bersedia dalam apa juga keadaan untuk bersama kerajaan,” katanya ketika merasmikan Kenduri Sekampung Pemimpin Bersama Rakyat anjuran bersama Rukun Tetangga dan RELA Pekan Bukit Garam di sini, hari ini.

Beliau mengingatkan pegawai serta anggota RELA supaya tidak menyalahgunakan kuasa yang ada kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan imej RELA tetapi juga imej kerajaan.

Juhari berkata RELA memerlukan anggota yang berdisiplin dan sentiasa menjaga imej serta tingkah laku mereka ketika menjalankan tugas membantu menjaga keselamatan sekitar.

Beliau berkata peranan anggota RELA di kawasan perumahan atau kampung turut membantu dari segi keselamatan, khususnya mengurangkan kadar jenayah di kawasan itu.

Selain itu, anggota RELA juga selalu terlibat dalam membantu mengawal keselamatan acara atau majlis besar di sesuatu kawasan, katanya. – BERNAMA

Tags: Anggota RelaRELA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rela Siasat Pendaftaran Keanggotaan

15/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman selepas tular pendaftaran automatik dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd