• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Militan Indonesia, Malaysia Maut Di Marawi

oleh AK-47
27/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Enam orang pelampau Islam termasuk rakyat Malaysia dan Indonesia terbunuh apabila tentera Filipina meneruskan operasi pengusiran kumpulan militan itu daripada bandar Marawi di daerah Lanao del Sur, Mindanao.

Helikopter penyerang dan pasukan khas telah bersiap sedia di bandar itu bagi menangani krisis tersebut.

Rabu lalu, sekumpulan militan bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Daesh telah dilaporkan menyerang bandar yang terletak di selatan Filipina itu.

Sekurang-kurangnya 15 orang lelaki bersenjata api daripada sebuah kumpulan pelampau Muslim bernama Maute menyerang bandar itu dengan membawa senapang.

Pada Mac lalu, Presiden Duterte meminta bantuan daripada datuk bandar di kawasan penduduk Islam di selatan negara itu bagi menangani militan Islam dan mengancam untuk mengenakan undang-undang tentera di sana jika masalah itu tidak diselesaikan.

Tahun lalu, Duterte berjanji untuk mengabaikan hak asasi manusia jika perpecahan kumpulan Daesh di Timur Tengah menjadikan pemberontakan Islam di negaranya bertambah buruk.

Maute merupakan kumpulan radikal Islam yang terdiri daripada bekas gerila Barisan Pembebasan Islamik Moro dan beberapa lagi kumpulan pejuang asing.

Mereka dipercayai telah mengambil nama mereka dari pengasasnya iaitu Abdullah Maute. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DaeshMarawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd